Labels

Pages

Monday, January 31, 2011

If one day I lose u.

Aku tertarik pada satu blog. Lalu aku tertarik pada satu komen. Yang buat aku terpegun, and alwayz keep remind me to be tough...it's ok...and calm.

"kau yg x mampu kumiliki secara mutlak, kau yg x mampu kumiliki sbg hak namun kau akan tetap kucintai tanpa talak"

Membuatkan aku sedar untuk terus menegakkan kata hati agar tidak terus mengalah seandainya Tuhan meletakkan jodoh itu jauh dari orang yang kita sayang. Kalau kita tengok love story kebanyakkannya meletakkan hepi ending itu di hujung jalan cerita. Hepi ending tu, tak semestinya kita terus bersama dengan orang yang kita sayang. Kalau kau putus ditengah jalan pun, tak semestinya cerita tu bad ending dan tak sepatutnya hepi ending tu dinilai dengan kasih yang bertaut antara dua insan.  Hepi ending tu sendiri sepatutnya lahir dari hati kita sendiri. Ada ja jalan cerita yang bila lover dia mati pun, kasih dia tu tak pernah putus. Hakikatnya, kat sana nanti baru akan dinilai sejauhmana kasih kita tu. 

Kalau suatu hari nanti kau takda jodoh sekali pun, tak semestinya rasa kasih kau kat dia tu pun kau kena buang. Biarlah dia buang rasa kasih dia kat kau. Yang penting Tuhan tau, kasihnya kau kat dia. Macam kata ayat kat atas. Cinta tanpa talak, sampai bila2 pun kau ada hak untuk ada rasa kasih tu kat dia. Macam tu baru hepi ending dalam erti kata sebenar. Kita sayang seseorang tu, dan kalau kita tengok dia lebih bahagia dengan orang lain. Perlu ka kita halang dia? Perlu ka kita tutup mata dia? Perlu ka kita paksa bahagia dengan kita? There's is da way to make them hepi. Macam anak kucing..Kalau kita kurung dia dalam sangkar, bahagia ka dia walaupun kita belai bagai..makan semua kita tanggung. Biar la dia bebas, kita tengok pulak mana arah tuju dia. Kalau akhirnya dia patah balik carik kita. Kita bahagiakan lah dia. Tapi kalau dia jumpa sesuatu yang lebih indah dimata dia. Biarlah...cukuplah hati kita kata..sayang...cinta semua tu..Sedarkanlah diri kita yang Tuhan Maha Melihat. Mengalah lebih baik dari melawan...takdir tuhan beb...sapa kita nak melawan. Everytime u feel afraid, hold it tighter tu ur fate. Kalau dulu aku leka...aku mempertikaikan, kenapa la Tuhan sanggup buat aku macam ni...aku benci dengan diri aku sendiri..tapi aku berjaya muhasabah diri aku balik. Sesekali kita akan rasa down balik..but sumtimes kita akan rasa ok bila kita lepak kejap. and ingat yang bukan kita ja terpaksa hadapi semua tu. Mungkin kita tak sekuat yang lain, tapi sikit2 mungkin boleh untuk kita kuat tempuh untuk hari esok. Kalau rasa nak menangis...menangis lah..bukan kita perlu bayar pun. Tangisan tu sepatutnya lahir atas dasar simpati pada diri sendiri..Bukan marah...yang penting redha..insyallah..aku pun bukan sekuat yang disangka..tapi macam ayat yang aku suka tu la. Membuatkan aku tak berani berharap, tapi tetap akan terus meletakkan hati ni setinggi2nya. Supaya, sekurang2nya..aku dapat jugak rasa erti kebahagiaan tu..walaupun jika Tuhan tentukan hepi aku tu untuk seketika ja..Semoga dikuatkan rasa hati..rasa kasih...rasa sayang..rasa cinta..pada mereka yang kita sayang..

Another story of an old botak cin man

He's totally out of services. No hair with pregnant shape of his waist. White circle surroundin' his eye just like a vampire. Ohh..puhlizz...what kind of people yg ada kat Mardi bhgian padi nih. Ari tu bos aku. Ni orang tua botak bahagian department lain pulak. 1st in this week, otak aku cirit. Botak cin tu promote aku untuk keja tetap terus. Interview bakal berlaku pada bila2 masa. Pasal siasatan duit Mardi tak settle lagi and now aku dikejutkan dengan 3 suara menyarankan aku berhati2 dengan orang tua botak cin tu. Then aku pun cakap,

"Eh..kan ke dia dah cukup korum dah...bini sampai 4..takkan la kot."

"Dik oi, he got ilmu. Orang yang tak suka dia dulu pun sekarang dah jadi bini dia. Bukan ape, tak nak la adik yang muda, single, lawa ni jadi mangsa dia pulak"

Ok,  1 more burden hempap otak aku sampai terpenyek. Tak semena2 aku terpaksa berfikir untuk kali ke 70 samada nak pegi ke tak interbiu tu. Buat nye dapat..terhutang budi lagi. Mampus..bak kata mak aku, 'hutang budi, gadai body'...eeeiiiuuuuuuu!!

Betul la kata pepatah english ' sex begin at 40th'...makin bertambah umur, makin miang meriam buluh menjadi. How dare betul orang tua laki buat camtu. Thank God, daddy aku seorang yg setia pada yang satu. Wish that also bila aku da ada laki masa depan. Kalau dah betul2 takde orang nak kat aku skali pun, mohon pada Tuhan agar tidak dijodohkan orang macam tu. Rela aku single sampai mati. Bela anak yatim sudaa...

Itu baru beberapa orang tua yang aku jumpa kat tempat keja aku ni. Yang aku tak nampak tu tak taw la macam mana. Bukan nak salah faham, tapi orang2 tua ni banyak makan garam. Taw selok belok nak layan orang pompuan. Experience sah2 la melampau tahap Ultraman. Ilmu tu tak yah cakap la, penuh di dada siap buat copy untuk another chances. Duniaaa...Duniaaaa.....

Saturday, January 29, 2011

HPV vaccination


Kelmarin petang aku dah amik suntikan HPV..berharga RM55 untuk satu suntikan. Tapi aku buat under pakej nurse la. Housemate aku kan nurse. Nasib baik. Kalau amik pegi amik kat klinik2. Satu suntikan tu berharga RM400 ringgit. Pergh.. Dah la vaccination ni perlukan 3 suntikan. So, kelmarin adalh 28/1/2011 (suntikan pertama)..28/2/2011 (suntikan kedua)..Last suntikan 28/7/2011..

Dulu masa sekolah, takder la sakit sampai macam ni. Tak tau plak kenapa suntikan kali ni sakit. Pastu aku pun tanya la, dia cakap sebab liquid tu pekat. Sebab tu sakit sket..Erk...alamak...masa suntik tu, mmg tak sakit..masa ubat masuk tu..mak aih...Ketunggg!!!!berdengung kepala aku rasa. Pastu rasa lenguh macam lepas buat pumping plak rasa. Dan sekarang ni, aku tengah demam..Memang la kan sebab dah kena cucuk virus, pepandaila antibodi aku buat kerja part dia plak.

Sebenarnya, duit bukan masalah...korang fikir sendiri lah..sebab penyakit ni ada dimana2. Kanser servik ni,bukan tunggu korang kahwin dulu ke hapa. Dari apa yang aku baca, tandas awam yang kita selalu guna tu pun penyebab risiko kepada kanser ni. Tambah2 lagi kalau tandas duduk. Aku memang suka pakai tandas duduk.tak sakit pingggan. Kalau tandas cangkung, erk...buatnyer sembelit..mampusss...Untuk pengetahuan sejagat, kalau tak dicegah kanser servik ni boleh menular jadi kanser pangkal rahim pulak.

So, buat la sesuatu untuk masa depan anda. Kalau boleh tu, nak mati biar lah dalam keadaan yang elok. Kalau kanser2 kat bahagian peranakkan ni, bukan buleh aku...dengar aje pun dah ngilu. Lepas aje settle cucuk tu nanti...ermmm..nak buat kuak lentang dalam mangkuk tandas tu pun boleh..so, take it before u regret it...


Thursday, January 27, 2011

Malam bulan dipagari bintang


Baru ni jumpa beliau, dah buat idup aku bunga2 dah. Even smpat jumpa 3 hari je, dah cipta satu memori daun pisang. Si beliau plak asyik dok nyanyikan aku lagu2 P.Ramlee...awat tak taw. Mula2 paksa aku ingat lagu pesta muda mudi....~ malam pesta, muda mudi..bertemasya dan menari...marilah..kita sama..sama....~...pastu aku cakap, 

"Lagu P.Ramlee paling sayang suka, malam bulan dipagari bintang"

Astu dia nyanyilah..~ malam bulan dipaga bintang, makin indah jika dipandang..bagai gadis beri senyuman..pada bujang idaman..belai kasih ingin dimanja..dengan cumbuan mesra..buat penglipur lara..penawar dek asmara...~...rupa2nya...beliau memang hafal lagu2 P.Ramlee..dasyat lah..Last2 aku ngan dia nyanyi lagu suami isteri..~ sedangkan lidah, lagi tergigit, apa pula..suami isteri..buang yang keruh..ambil yang jernih..baru teguh..peribadi~....mesti arwah P.Ramlee bangga dengan kitorang...amalkan saat romantik bersama dengan lagu P.Ramlee..cam orang dolu2 plak..haha

Lepas abih bercuti dengan dia, masing kembali berjauhan.  Dia call aku, 

"Ala...rindula mulut bising syg tu..sekarang dah rasa sunyi plak tak dengar syg bercerita..nyanyi...haiii..rasa cam nak amik bela syg sekarang jugak..ermm"

Selagi gran tanah tak bertukar hak milik, mana boleh amik suka suki hati..erm..kena la masuk meminang dulu...Cepat2 la buat harta tu..I pun tak sabar rasanya nak bela orang antik cam dia...hai la P.ramlee moden..Saloma moden menunggu di sini..

Cinta Kau dan Aku.


Novel paling aku suka bagai nak gila. Lepas ja cerita OMBAK RINDU, aku cuba lagi carik novel2 yang kaw2 boleh buat aku impress. Tapi bila setiap kali aku beli novel, jalan cerita tu macam ala2 ok la...dan cukup seminggu, aku dah tak ingat jalan cerita tu..means that..novel tu tak cukup kaw lagi untuk aku. Last, aku baca balik cerita ombak rindu ngan sambungan cerita tu..tak salah aku, KAU YANG SATU. Setelah bertahun asyik ulang baca cerita yang sama, dalam awal tahun lepas aku berjumpa dengan sorang kawan aku nama Piah. Dia pengumpul novel paling mantap lah. Bayangkan almari baju dia tu penuh dengan novel. Bukan almari buku hookaayss...almari baju yang besar gedabak tu. Tengah aku lepak2, dia bagi aku pinjam novel dia tajuk CINTA KAU DAN AKU ni..dia la promote cakap best. Kebetulan masa tu aku baru pindah sebab kerja, so tak da kawan nak ajak lepak and suasana hidup aku memang boring gila. Siang kerja, malamnya aku start la baca novel ni. Pergh!! Memang mantap jalan cerita dia. Seriously, aku tak pernah jumpa novel yang jalan cerita dia camni. Memang lain dari yang lain, and memang kaw100x boleh buat aku ingat jalan cerita tu sampai bila2. Lepas habih baca buku tu, rasa berat nak pulangkan pulak. Seminggu lepas tu, aku pulangkan lah. Then aku pegi carik mana2 kedai buku semata2 nak beli buku novel ni walaupun dah baca. Tapi kebanyakan kedai cakap, 

"Buku ni memang dah sold out la dik. Pengeluar dia pun dah tak kuarkan buku ni. Memang laku habis. Maaf ye dik"

Ah...frust menonggeng aku. Kebetulan Sepupu aku ada pinjam pulak kt kawan dia. Aku ingat nak mintak beli kat kawan dia sebab secara kebetulan kawan dia nak jual semua novel2 simpanan dia. Berbunga riang la aku time tu. Tapi malang tak berbau, sepupu aku mintak balik sebab dia kata tuan buku tu nak amik balik. What ta...ok. Sekali lagi aku berpisah dengan novel ni. Dan dalam bulan November tahun lepas masa boyfriend aku datang jalan2 dengan aku, secara kebetulan dia nak beli diari kat kedai buku. The same kedai buku yang kata stock buku tu dah habis. Sedang sibuk aku carik novel2 lain, terpampang nama buku Cinta Kau Dan Aku...apa lagi, aku rembat aaa...terus pegi bayar kat kaunter. Akhirnya...aku sudah memiliki novel Kau dan Aku..haha...tidur pun lena...dan masuk kali ni, dah 8x aku khatam jln cerita buku tu, kalau orang suruh aku buat karangan pasal buku, aku sanggupppp!!!..

Sebenarnya, ni buku kedua novel oleh Siti Rosmizah. 1st buku dia bertajuk ANDAI ITU TAKDIRNYA. Pun best jugak buku tu. Try la baca....tak rugi..

Wednesday, January 26, 2011

Soklan???

Aku ada beberapa soklan terkumpul. Dah pernah bagi kat orang pun. Tapi saja tulih balik dalam blog ni, kut2 la ada diantaranya tak pernah buat lagi. Jawab dulu...pastu baru tengok jawapan kat bawah ye...ready??..get set...go!!

1. Sedang korang berjalan2 bersiul serta berlenggang-lenggang kangkung dengan gumbiranya, tiba2 korang tersadung sebijik batu lalu korang...
A. menangis tak henti-henti..lari balik ngadu kat mak...
B. buat bodo ja..sampai sambung balik berjalan2...
C. angkat batu tu letak tepi..takut orang lain pulak sepak dia.."ololo....cian batu ni...sori ye aku tersepak kau"..
D. maki bagai nak mampus..."HOI batu..kau tak nampak ke aku nak lalu...sakit kau tau tak"..korang pijak2..sepak2 si batu tu..

2. Korang ada duit bajet cukup2 untuk beli sehelai baju. Korang ternampak satu baju yang sangat menarik perhatian korang...korang pegang baju.."aduh..cantiknya.."..time tu korang dah hampir2 hulur duit kat cashier..tetiba pusing kanan..pusing kiri...then nampak satu lagi baju..."ma'aih...lawanya"...sama ja kecantikan tu..then..apa korang buat??
A. korang malas pikir..then just terus amik je baju yang korang tengah nak bayar tu..pejam mata je la baju lagi satu tu...
B. korang cakap.."eh...tak jadi..nak tukar yang lagi satu tu ye..yang ni cancel"
C. korang tak jadi beli dua2.."ahhh......cancel semua..beli baju pun tensen..ciss"
D. korang ugut cashier tu.."baik kau bagi diskaun kat aku..70% untuk sehelai baju..baru aku amik dua2...cepat...blasah kang"

3. Sedang korang melepak2 dan bergolek...serta berehat di rumah seorang diri (mlm). Tiba2, telefon rumah korang berbunyi..kring..kring...kring...then korang pun angkat telefon, "helo...helo?...helo...."..namun tiada jawapan...diam...cuma dengar nafas dia ja...jeng..jeng..jeng..apakah yg korang akan buat...
A. Korang terus letak telefon "line problem kot"..
B. Korang pun diam jugak...tunggu sampai dia letak..
C. Korang terus call polis..."incik polis, tolong saya...ada orang cuba ganggu saya malam2. Saya takuttt"
D. Korang maki orang tu..."oi..bodo ka..kalau tak mau cakap call buat pa..bangang!!!"


Jawab je lah 3 soklan ni..soalan lain nanti aku bagi lagi...otak kering tiba2...


Answer: 


1. A = korang seorang yg lemah..sket2 ngadu mak..xley handle msalah tu sndri
    B = korang memang tak da perasaan, ape je msalah yg dtg korang biar je...wat dono je.. tapi sekurang2nya..korang seorang yg tabah.
   C = korang sangat perihatin, malah korang sangat btanggungjwb..apa pun tjadi..korg tetap nak jaga hati kekasih korg or org lain..korang sanggup salahkan diri korang sendiri..adoi..baiknya hati...
   D = selfishhhhhhh!!!....biar pun tu salah korang..tapi korang tetap nak letakkan kesalahan korang tu kat orang lain...EGOISSS..


2. A = korang taknak masalah dtg dlm diri orang..dan korang cuba jauhi sikap tamak tu. korang setiaaa....
     B = hati korang tak tetap..mudah sangat berubah hati...kesian sapa yg jadi kekasih korang..
     C = hah..ni lagi gila...punya la korang tak ley face dengan dugaan ni..then tinggal je dedua. no responsible...
    D = punya la gatal nak dedua..sanggup amik buat apa saja untuk dapatkan dedua...lagi 2 kali ganda gila..


3. A = sikap suka anggap benda camni ringan dan remeh..klu yg call tu bf/gf korg yg tgh tjerut leher camna??
     B =  kaku..sebab korang lurus..erk..slagi takda apa2..slagi tu korang tunggu...
   C = korang sangat amik kisahh.....risau pada keadaan sekeliling..korang memang prihatin lah
    D= panas baran lah senang cerita...

Bila orang menggila main game.

 

Siapa pernah main game nih? World of Warcraft adalah sejenis game yang dipopularkan oleh gamer di seluruh dunia. Memang tak dapat disangkal lagi, majoriti gamers kat Malaysia pun main game ni. Sekarang je pun dah mencecah 80 peratus dari gamers kat seluruh dunia. Gila tak? Dan aku adalah salah sorang pemain game ni. Grafik dia memang power sebab dapat cipta satu lagi dunia lebih kurang macam bumi kita. Ada benua tersendiri yang setiapnya memiliki keistimewaan masing2. Siapa yang main game ni, macam korang hidup kat satu lagi dunia secara realiti. Korang boleh bercomunicate with many people from many country. Setiap character yang korang pakai, boleh gelak..boleh menari...macam2 lah yang korang boleh buat kat dunia perang tu. Game WOW ni, lebih kepada perang diantara dua puak iaitu, puak Horde, dan puak Allie. Aku sekarang dalam puak Horde. Tapi game ni, korang kena tentang secara group, maknanya..kalau rasa diri tu tak pandai nak berkomunikasi dengan orang. Better korang takyah main sebab orang akan diignore. Korang kena sentiasa perlukan bantuan. Korang kena ada group. So kepada mereka yang ada item yang rendah atau level yang rendah memang sering kali ditindas oleh orang lama. Tetapi bukan itu yang aku nak bincangkan kat sini. Ni hanya cerita pasal kelebihan dia saja.
Aku nak cerita sikit pasal kelemahan yang buat aku tensen selama aku main game ni. Bila korang dah mula main game ni, korang akan lebih faham attitude manusia dalam game ni. They all selfish. Kalau nak jumpa yang betul2 sanggup tolong korang dengan hati yang ikhlas nak memartabat kan puak tu sendiri hanyalah 1 dalam 5000 orang...Main game ni, boleh bawak gadoo...kebanyakan diorang yang xp dah tinggi, suka bangga diri. Orang yang baru masuk, bila nak mintak tunjuk ajar for sure kena buli. Lebih kepada senior buli junior la. Pastu, kalau dah takde sangat orang nak tolong carikkan korang item power2, sama ada korang stay sebagai character yang lemah dan terus dikutuk, atau korang pegi kena beli item tu kat gm server dia. Satu set item, mau dalam RM200 jadi, fikir2kan lah. Item yang aku maksudkan tu, adalah macam baju besi, pedang ka, pemanah ka, shield ka, sarung tangan ka, kasut ka, helmet ka..item2 ni untuk bagi korang kuat supaya korang tak cepat mati bila pegi berlawan. Lebih tepat lagi, korang tak kena kutuk ngan orang2 selfish mcam diorang yang aku maksudkan tadi tu. Tensen kan. Aku main game ni bukan apa, ingat tu nak hilangkan tensen. Tapi last2...tensen gila..mata ni dah naik kematu bila nampak orang hina budak2 newbie nih....Pernah sampai satu tahap, korang akan rasa...arhh...tanak main dah la...but, fikir2 balik. Dah bertungkus lumus aku naik kan level character aku, then i guess..aku kena teruskan. Lagipun aku dah berjaya pengaruh abang2 aku main game ni. So, i guess..aku sebagai orang paling lama dari abang2 aku..kena la tlong diorang. Erm..aku nak bagi group aku semua terer2...pastu..siap la group orang yang blagak2 tu...FOR THE HORDE.......

Tuesday, January 18, 2011

Amnesia.

Crita kisah orang amnesia memang best. Ingat..lupa..ingat..lupa...semua tu bole buat jadi satu cerita with love terutamanya. Let see..kalau korang ingat, ada dua movie yang mengaitkan kisah bercinta dengan orang amnesia ni..

Cerita ni di tayangkan masa aku darjah 6 kot.
baru sangat ditayangkan masa hujung tahun lepas.
Dari segi saintifiknya, Amnesia ni sindrom yang berlaku pada seseorang yang mungkin ada injury kat otak. Mungkin disebabkan oleh excident or sistem dalaman dalam badan tu sendiri. Contoh, orang ada blood pressure rendah pun boleh berlaku taw. Bila samapai tahap oksigen tak sampai kat otak, boleh berlaku heartattack..or might be boleh menyebabkan sel otak rosak sebab tak cukup oksigen. Tapi amnesia ni boleh baik. Cuma amik masa untuk sel otak tu membahagi dan pulih. Symptom2 orang amnesia nih, dia cepat lupa bila dia tidur. Yes, sebab masa dia tidur tu lah abih semua terdelete.

Dari segi cinta, aku rasa kadang tubagus gak pada mereka yang selalu bermasalah dalam perhubungan. Hari ni clash, esok ok balik. Pergh..Tak semua orang ada perhubungan yang baik, bahagia sampai akhir hayat. Banyak benda yang kena lalui untuk tempuh dalam idup ni. As i can say that, sumtimes i wish that too. Amnesiaaaaaa..ye...hati manusia sensitip pada keadaan persekitaran tambah2 perempuan. Orang lelaki bila ada masalah dalam perhubungan, diorang boleh sangkut kat dinding dulu masa diorang ada keja. Or hang out dengan kawan2..or carik other gurl untuk ubat hati diorang. It is totally different dari orang perempuan. Hati orang perempuan ni terlalu peka dengan apa yang dirasa. Kalau tengah ada masalah tu, cepat terbawak2..nak buat keja pun tak jadi. Bezakan?? Hangout ngan membe2 pun still boleh nampak memek muka yang tengah sedih. Kuar ngan laki??sah2 lah serik..malah mungkin sampai tahap membenci. Sapa tau.

Kalau jadi orang amnesia, hah...hari ni balak korang buat hal. Silap ari bulan esok korang boleh lupakan dia terus. Kan senang...haish...

Monday, January 17, 2011

Person in mylife

Kita hidup bukan seorang diri. Untuk setiap hari, kita bertemu ramai manusia disekeliling kita tanpa kita sedari. Sama ada kita kenal..mahu pun tidak. Dalam hidup aku, there's a person that I

Love....(All of below kecuali the one that hated and never ever want to see n remember)

Need..(Family..and him...so do our God)

Admire..(artis la kebanyakannya..and...for sure my dad n mom, plus Tun Dr. Mahathir..haha)

Meaningful..(too much memory with those who have mewarnai idup aku) 

Broken heart..(orang yg aku sayang with or without notice. It is depend to boy and girl)

Scared..(orang yang punya kuasa bito..boleh control life kita)

Hated..(orang yg slalu aniaya org...sama la dengan perokok..dia isap mati dia sorang takpa. But orang sekeliling dia mati dulu)

and lastly....

i've never ever want to see n remember...(the person, that i've been put in my life once to be love, need, admire, meaningful, broken heart, scared and hated but him or her put me not into their life...but put me into their nightmare....so, for me...this person is the one that i would never ever want to see and remember in my life...really wish that to be happen)

Sebab..the real me, aku sangat mudah sayang orang. Jahat camna pun orang tu, i can accept it becoz i believe that itu hanya luaran dirinya..tak perlu jadi orang lain untuk berkawan dengan aku. Mudah maafkan orang..and alwaz want all things to be easy. No need to stress. But once bila orang itu dah meletakkan aku dalam sejarah hidup paling ngeri dalam idup diorang, then i guess...it is time for me to step away from them. Becoz, bagi aku...sejauh mana pun kesilapan yang seseorang tu dah buat...i'll never give up to be fren with them. Dalam banyak buah yang buruk itu, pasti ada part buah yang masih baik..Hated, Scared, and broken heart bukan beerti aku tidak menerima. Guess what, i've never put any person into my nightmare. Walaupun banyak benda negative dalam memori tu, but still..aku boleh nampak benda positive dalam memori tu. That's positive things alwaz made me laugh. And alwaz thanks to everyone dari sudut negative mahupun positve. Every each second that we've been trough, menjadikan aku yang sekarang. And still...masih dalam proses pembaikan...

Jadi, jauhkan diri dari menjadi yang kaler merah tu..jadik kaler oren it's ok..klu nak jadik kaler pink tu pun lagi bagus. 

Tuesday, January 11, 2011

Give me the moneyyy!!

Dah la this week macam hell, tambah plak info terkini. Duit projek untuk bayar gaji aku, dengan orang2 keje aku termasuk gaji sainstis tu dah jadi zero. Bila aku pegi tanya bos, bos cakap

"tak taw...tak taw." sambil kesana ke ksini macam lipas kudung. Ha...panas punggung kau...
I've just found out that duit projek aku tu, dah ada orang kebas sebab beli barang. Or might be dah ada orang hold or sekat sebab bos aku salah guna duit ke??or..??and or??banyak sangat kemungkinan sebab ramai orang boleh keluarka duit RM300k tu suka suki ati. 

Terpaksa la aku carik orang yang ada duit projek lain untuk bayar gaji orang keje aku. Shit...Aku paling tak suka macam ni. Ni musti ada orang salah guna duit..What if aku report ke BPR???What if aku report bahagian ISO??erm...sepatutnya ada sorang yang handle about the money. Sebab bila dah banyak tangan, duit tu keluar macam air..cenggitu ja...

Bagai dikata..dalam Malaysia ni, banyak bisnes yang melibat makan rasuah. Rasuah tu dah jadi satu rutin kat Malaysia ni..dah memang tak boleh nak hindar. Ngarut betul la orang pangkat2 ni. Lama2 nanti jadi cam negara India. Yang miskin semakin miskin. Yang kaya semakin kaya. So sad, when i started thinking about this. Apa la nak jadi dengan dunia. Tak boleh ka kalau kita semua bertolak ansur. Erm...ke memang lumrah??Aku tak penah la pegang duit banyak2..and i dun know how i'm gonna be when i'm holding the big money. Adakah bila aku kaya nanti, aku pun akan jadik tamak macam diorang??my god....

Harap2, aku terhindar dari benda2 ngarut macam ni. Amin...


Monday, January 10, 2011

7 days like hell!!

Pergh...kerja...kerja...kerja.. Minggu ni dah macam hell kot idup aku. Macam2 nak kena settle.


1. Kena siapkan paper pasal genetic. (due 15/1/2011)


2. Kena study pasal hibrid rice.(sebab nak kena bentang depan timbalan pengarah)


3. Meeting pasal badjet la plak. Timbalan nak taw bos aku ada songlap duit tak...adeyy laaa....apsal aku yang kena jadik org tengah ni..Kang silap cakap..mati aku...


In this weeks...whoaaa..nak bercuti lahhhh...really need it..supermannn...puhlizz save meee.....

Monday, January 3, 2011

mazhab ape kau pakai??



Kisah Ada segelintir orang yang rasa diri dia tu bagus sangat. Hakikatnya, dia la paling worst bila dia sendiri tak ley handle prob jiwa dia. It is about one of this person keep buat perangai...Kalau orang utara panggil "pergongoih"...Haa...Cuba sebut..cuba sebut. 

Hokay..Ni pasal sorang budak perempuan yang mana bila dia tak suka pada sesuatu benda, dia selalu ngamuk tak ketahuan hala. Bahasa orang utara panggil "bebai". Dia tak suka tengok life idup yang sosial tahap 1. 

Sosial tahap 1: berkawan ramai..pakai tudung tapi jenis selepang2..keluaq berlainan jenis kadang2...
Sosial tahap 2: hari2 geng2 blainan jantina datang lepak kat umah...free hair...
Sosial tahap 3: balik rumah esok pagi sebab pi lepak kat luar...yang pompuan plak mungkin isap rokok...clubbing..
Sosial tahap 4: pakai skirt bawah ponggong skettt....keluar ngan berlainan jantina berhari2...bawak balik laki or pompuan kat umah...
Sosial tahap 5: Suka marah mak bapak..isap dadah...selebihnya...pepaham sendrik...

Haa...tu baru sosial tahap 1. Pantang aku tegur anak dia ka, kompom ada la barang yang dia baling bengang kat aku. Dengan orang tua2 pun layan lebih kurang. Muka sah2 masam ketiak dia kot. Senyum jauh sekali (bukan ke senyum itu sedekah??). Camna la orang nak respect kalau diri sendiri pun tak betul. Bila dah tak respect, camna la orang nak ikut cara dia..Haa...bersihkan hati tu dulu. Kalau hati dah tak bersih, naluri pun kotor. Kau pakai luaran suci camna pun, kalau hati kau busuk...luaran kau pun akan nampak busuk. Mungkin kau boleh hipokrit depan laki kau...tapi, depan orang tua2??Depan masyarakat???Yang paling penting, Tuhan...kau nak lindung hati busuk kau macam mana??ce crite..ce crite....(hantu kak limah balik kampung)..

Tu satu, yang keduanya. Selama aku belajar ilmu agama la kan...tentang cara2 nak menasihati orang. 1sttttttt skali JANGAN SAMPAI KECIKKAN HATI ORANG....kalau keciknya hati orang seseorang tu, dah la dakwah kau tu tak diterima..dapat dosa plak tu. Nak tegur kena guna cara yang elok. Time yang betul...dan keadaan seseorang tu. Setahu aku la kan, mula2 kita kena rapat dulu dengan dia. Ikut rentak dulu, pastu baru la tegur. Orang pun bole terima. Pengalaman tu penting kan...Orang boleh berubah jadik lebih baik berdasarkan kesilapan yang mereka buat. Malah mereka boleh jadik lebih baik dan lebih mulia dari orang yang tak pernah buat kesilapan. Tak caye??survey la sendiri....harus diingat, orang yang merasakan mereka itu betul...adalah orang yang akan sering melakukan kesilapan...betul atau tak...wallahua'alam..hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui...


ISLAM ITU INDAH..JANGAN KITA MENYEMPITNYA..KERANA ISLAM TERLALU MELUAS...

There was an error in this gadget