Labels

Pages

Wednesday, October 27, 2010

Never think to be me.

It's about life. It's about time. It's about all of what we have. Never....ever...think to be me. Sukar untuk aku nyatakan bagaimana peritnya menjadi "Aween"...Senang aku katakan, hidup kau lebih sempurna. Tabah aku katakan, aku redha untuk setiap kejadian...Jadi please, jangan jadi "Aween"...She's lost...and always losing something that she need it. Such a loser person. Apakah yang kau dapat menjadi "Aween"??? Nothing...Stop do this nonsense. Kau mungkin mampu berjalan diatas titian cinta yang kau bina sendiri, tapi mampukah kau yakinkan diri..yakinkan hati bahawa segala yang kau miliki adalah milikmu?? Setiap kali kau memandang jauh keatas, setiapkali itulah kau akan terjatuh kebawah. Jadilah diri mu yang sebenar. Kerana di mata ku..Kau lebih sempurna. Mampu untuk segalanya...Prinsip dan keperibadian yang kau bina seketika dulu adalah terlalu indah untuk aku akui..bahawa kau punya segalanya. Jadi mengapa perlu menjadi diriku yang serba kekurangan ini??

Aku tak punya apa2 melainkan kisah hidup aku..keperibadian ku...ketulusan ku..."Aween" adalah milikku. Kenapa sekarang kau nak memiliki "Aween"?? Aween adalah aku..Aku adalah Aween...kiranya kau mengambil Aween dari hidupku..maka lenyap lah aku..lenyap bukan untuk seketika..tapi mungkin selamanya...

Dulu, aku mungkin punya segalanya..mungkin itu yang kau pandang...kerana Aween memiliki segalanya, maka kini hilanglah segala...Apa yang aku ada kini hanyalah "Aween"...Dengan bertemankan "Aween" aku mampu hidup..suka duka bersama "Aween" aku mampu tempuh...aku hidup di dalam hikayat "Aween"..atas kenangan aku dan "Aween"...Walaupun dulu aku pernah ingin membunuh "Aween"...tapi hakikatnya, tak mungkin..Aku perlukan "Aween" untuk mencorak sebuah kehidupan di masa akan datang..Jadi tolong lah...Jangan ambil dia dari aku....

Aween punya                                                                                 Aku punya
  • Hati yang tulus...                                                                     nothing
  • Mudah terluka..
  • Punya impian..
  • Guitarist..
  • Bekorban demi cinta..
  • Dan segalanya...
I really don't want to forget..please..

Aku betul2 tak faham..kenapa ada segelintir orang yang nak jadi macam aku??Seribu daya nak membawa watak yang sama dengan aku..dalam erti kata lain.."Aween"...
Bukan best pun jadi aku..pelik..tetapi benar..ramai dah jadi cam aku.

Tuesday, October 19, 2010

Travel tahap gaban part 1


Rasanya dah lama sangat kot aku tak jalan2 kat T'ganu. So, kali ni paling best walau pun ada sedikit drama berlaku sepanjang aku berada kat sana.. Bermulanya kisah, aku dapat taw best friend beliau (Jenz) nak pegi jumpa awek kat Kuala Berang. Terdetik kat hati aku yang suka travel bila ada ramai kawan. Seronok jugak kalau dapat join membe beliau, boleh pegi jalan2. Aku pun kalut la cek tiket bas from Sungai Petani ke T'ganu. Alhamdullilah..ada...Bas kegemaran aku. SP BUMI...but menjadi satu kes bila aku dapat taw tiket balik tak ada. Yang ada, bas tambahan..SHAMISHA...dengar je nama SHAMISHA...aku dah mula penin2 lalat. Ditambah pulak mengunakan bas tambahan. Woooo.....no way..tapi tu je pilihan yang ada...



Sweetheart: tak yah datang lah...
Aku: ala..kenapa pulak...
Sweetheart: ntah..bas shamisha tu bahaya la..takyah la..serabut aaa..
Aku: hah..tak pe lah..tak yah penin2..masalah sayang, biar sayang settle sendiri ok..pepandai sayang lah camna pun...

Tanpa rasa segan mahupun malu, aku call si Jenz...sebab mamat ni bawak keta from KL. Jadi aku bajet nak tumpang keta dia balik KL then from KL aku nek keretapi or bas balik Penang.

Aku: Abang Jenz, nak mintak tolong boleh tak? ingat nak tumpang masa balik nanti. Tiket takda.
Jenz: boleh..tak da hal..dua tiga hari sebelum pegi tu, call la abg. jen. 

Aku faham sangat la si abg. jen ni. Sebab dia ni jenis cepat lupa. 2 hari sebelum aku bertolak pegi tu, aku call la a.jenz. Dah masuk ribu2 kali gak kot. Dia tak angkat pon..hah..sudahhhhh...Aku call la my dear sweetheart ni.

Aku mintak tolong kawan aku yang ada kat KL..semua ok..malangnya aku sendiri pun takut berada di bumi KL tu sengsorang...tapi memang redha...pastu aku cek tiket tu..cek tiket ni..tapi tak ley nak buat reservation melalui panggilan. Nak pegi kat kaunter bas, dah la jauh. Membe aku plak cakap, "better hg naik keretapi sebab dekat ngan KL sentral. Situ selamat sikit kalau pompuan. Kalau hentian duta, muka penyangak banyak sangat"..dah..bertambah risau aku. So, aku  decide nak amik tiket keretapi. Kaunter dia tutup kul 6..dah sudah lagi sekali sebab aku abih keje kul 5..dengan nak sampai butterworth lagi...sengsorang...waaa..nak nangis rasa. Aku termanggu sejenak selama sejam. Last2 aku call sweetheart, dengan niat nak cakap..CANCEL..sebab, kalau dah dia sendiri pun tak ada inisiatif nak tolong aku..ibarat macam tak berminat untuk aku kesana..ibarat, bukan keinginan dia pun untuk jumpa aku kat sana..so, buat apa aku berusaha lagi.

Sedang aku membuat call...tut..tut...tak berjawab..tut..tut...then aku letak..satu keputusan yang susah untuk aku cakap cancel..adeh...tetiba panggilan masuk..dari dia..tut...tut..tut..

Aku: hello...(lemah)
Sweetheart: Tadi abg dah call jenz, kompom jadik..pastu abg dah suruh dia beli tiket keretapi dari KL ke butterworth untuk syg..and he said..ok..
Aku: (ada sedikit tangisan kat situ..) wo..woo..ingatkan dah tak jadi..wo..wooo...baru ingat nak cancel...


Friday, October 15, 2010

Berjalan di atas satu tali.

Kelmarin, tepat jam 5 petang. Punch kad dan terus balik rumah. Terasa sunyi yang amat walaupun housemate aku ada kat rumah. Memandangkan kelmarin aku tekad nak bersendirian, lalu aku keluar buat aktiviti yang dah lama aku tak buat. Watch movie sorang2. Kalau masa mula2 aku nak adapt kat Penang ni sorang2, tu la keja aku. Tengok movie walaupun cerita cina. Semua aku sapu. Ronda2 shopping complex...window shoppin'.

Semalam, aku ingat nak hiburkan hati. Mula tu nak tengok cerita EAT PRAY LOVE...nak carik semangat la katakan. Aku ada terbaca satu blog from my own frens pasal cerita ni. Cara dia cerita macam best untuk kutip semangat untuk orang macam aku. Then pulun la drive pegi Sunway Carnival kat Penang. Sedikit frustrated bila cerita tu tak ada. So, Aku cuba carik cerita yang agak2 tak sedih and boleh buat aku ketawa..Last2 aku pick cerita Sammy's Adventure 3D. Cerita tu start kul 8.05 pm..aku still ada sejam untuk aku gi lepak kat mana. So aku decide gi je lah makan dulu. Time2 tengah berjiwa kosong ni, kalau makanan ada depan mata memang sapu bersih. Chicken Grilled berharga 10 hinggit dah selesai bersemadi dalam perut aku. Tinggal jasadnye je akan ku kuburkan esok hari. Aku call adik aku sambil2 tunggu nak dekat kul 8pm. Sedey siot, kalau tengok orang2 lain jangan kata muda..yang tua pun sedang bermadu asmara depan aku. Cemburu? of cos i am. Lalu aku send mesej kat beliau.

Msg: Abg..Syg kt sbrngjaya ni. Wawa keje mlm ni. So, syg tgk sorg2 je. Dun wori, syg dok kt tmpt org rmai. Jap agi syg blik awl ye. Rindu kt abg. Kalau la abg ada disisi, takde la sunyi camni. Ni rasa sunyi sangat wlaupun org rmai lalu lalang..sob..sob..sob..i love u..

di saat itu....aku mharapkan panggilan..tiada...takpe..mungkin dia bizi..Disaat itu aku mharapkan msg dari dia..pun tak da..seharian..sedapkan hati lagi..dia tak perasan kot..dia letih kot...dah tertido kot...then lepas merayau jam dah pukul 8..terus pegi masuk panggung. Ade la plak mulut gatai dok sok sek..sok sek...nak je aku kepit mulut busuk tu dengan pintu wayang...persetan...


Hah..matlamat utama sammy ni nak carik secret passage tu. Last2 dia pegi carik buah hati yang dah lama hilang. Then matlamat utama nak carik secret passage tu, hilang camtu ja. Ada sedikit bengang but then disebabkan Sammy ni comey, aku accept je la. Pastu ditambah dengan unsur 3D tu...ok lah..aku fun la jugak kan. So untuk gambar grafik and 3D, aku bagi 5 star..but untuk jalan cerita tu, aku bole bagi 3 star je. Kesimpulannya..aku ketawa jugak...

keluar je dari panggung, aku nampak sepasang kapel ni keluar juga dari panggung yang sama. Betul2 depan aku. Aku biar je..tetiba...aku dengar suara that gurl..yup..she's my fren..dah kawin pun dia. Balik bertam drive sengsorang ikut highway..sepanjang perjalanan tu, kenapa aku terlalu sensitif??


1. Kengkawan aku kebanyakannya dah kawin. Ada jugak yang dah 2, 3 org anak. 
2. Kengkawan aku asyik hantar kad kawin..i appreciate that, dah tu jangan la tanya aku "ko bila lagi, tunggu buat pa lama.."(hah...korang taw ape masalah aku kan..tanya buat pe lagi)
3. Larangan oleh family aku untuk ke Terengganu berjumpa dia. Kenapa....kenapa..kenapa..???
4. Family aku lebih busy dengan adik beradik ku yang lain dari mendengar ceritera ku. Walhal ada 4 beradik je pun.
5. I miss him so much..even jarang kontek..jarang mesej..it's ok...aku faham dia keje...
6. Walaupun kawan2 aku ada jugak yang masalah cam aku, sekurang2nya...diorang selalu berjumpa..walaupun bergado..diorang selalu gak berteman...  


Conclusionnya...sebab...family aku yang terikat dengan peraturan hidup yg ntah hapa2...that's it..aku nak gak kebahagiaan cam orang lain.  Family aku taknak dengar kisah aku..Ok..aku boleh terima, tapi bila aku nak create cerita hidup aku, itu tak boleh..ini tak boleh...contohnye, family aku cakap kat aku


"takmau dengar pasal semua ni"...bila aku tak cerita..
"kenapa tak cerita?kita kan keluarga"....bila aku nak cerita..
"takmau dengar..tak mau dengar"....mana satu nih...




Lalu..aku menangis sepanjang highway tu....tu je la yang aku mampu..Aku berjalan atas satu tali je sekarang...kalau silap step...sah2 aku akan terjatuhhhhhhh jauh kedalam gaung yang aku tak tau apa yang ada dibawah tu. ...Sangat terasa alone...Aku pun nak create hikayat cerita aku sendiri...aku pun perlu ada kehidupan aku sendiri...just please don't be such that selfish of making me as their own toys...



Wednesday, October 13, 2010

Sekadar menulis

Type thinking yang aku ada stakat ni, berjiwang. Sejak pertengahan tahun ni, banyak benda buat aku sensitif. Tensen ngan tempat keja...family prob...ngan orang sekeliling aku and termasuk ngan orang sekeliling my dear sweetheart. Sampai kadang2 aku pegi mana pun, tak pandang orang lansung. Menonong je jalan terus pegi tempat yang aku nak tuju sebab aku akan cepat naik hangin kalau tetiba aku ternampak benda yang aku tak suka. So, for those yang ada kenal aku and tegur aku tapi aku tak balas, I'm so sorry. Kepala hotak aku ni penuh dengan story2 yang aku create sendiri untuk aku berdepan dengan dunia..Korang tak paham??..Ya..aku pun tak paham..Ekekeke...So demi kemandirian hidup korang nak bergaul ngan aku bila ternampak aku, sila datang dekat dengan aku...and tegur aku dari jarak dekat agar aku perasan kewujudan korang kat situ..hahaha..

Sampai bila aku nak jadik camni?? Sampai aku rasa happiness tu da jadi milik aku. Setakat ni, hanya unsur negatif yang dok peluk aku erat2...Bila unsur positif datang nak dekat ngan aku, unsur negatif ni dengan pantasnya menolak sekali gus menendang unsur positif tu. JAHAT KAU NEGATIF...

And macam mana korang nak taw happiness tu da jadik milik aku...of cos la bila blog aku ni bertukar cam cerita fairytales...happy ending punya cerita. Haa...tak pun cam cerita ala-ujang. Bila? aku pun tak tau lagi. 

Tuesday, October 12, 2010

Dear moon, can I stay with u??


Berperang dengan kehidupan sendiri. Sesuatu yang aku ingin miliki. 

My peace

My home

My center

My all 
(including love and you)

Terus berusaha..Terus...hiargh...tarik...tarik...hiargh...




Tapi, kadang2 aku give up dan every time when I open my eyes, there're sharks waiting for me. Waiting to get me. Maybe to eat me. Masa ni la kesempatan yang ada untuk mereka2 yang likes to tindas orang...mempergunakan orang...desperate nak memiliki...Dan aku dikala ini, seperti terapung2 mengharap seseorang datang menyelamatkan keadaan. Sekadar membiarkan kemana saja ombak laut ni bawa...menanti...menanti...dan terus menanti.

Jadi, aku mungkin lebih tenang bersama bintang dan bulan. Di sana nanti, aku boleh tidur dengan lena. Bulan....boleh aku tinggal bersama mu. Jadikan aku teman sejatimu...Supaya aku tidak lagi merasa sunyi keseorangan seperti ini. Tolong lah bawaku bersamamu. Sebab setiap kali siang menjelma, kau akan pergi tinggalkan disini hanya sekadar menemaniku apabila malam menjelma. Please my dear moon.

Friday, October 8, 2010

2 tahun 1/2 bersama mbe2 mcm ni..what a waste...

Selama 5 sem, suka duka yang aku dah lalui bersama housemate aku. Bermulanya masa first sem penghidupan aku di UMT. Masa 1st sem, terpaksa stay kat asrama blok IJ. Kat situ brmula la sebuah kehidupan sebagai mahasiswa UMT yg penuh dengan dilema. Aku seronok sangat dapat friends baru yang suka jaga aku. Caring sampai aku terpaksa tapis dengan siapa aku nak kawan. Maybe dia terlalu caring ngan aku sebab lepas 2 minggu aku masuk UMT, aku berpisah ngan sorang boy. Kawan aku ni ada satu kelebihan. Memiliki aura yang mendalam. Dari jauh tanpa kenal hati budi, dia dah tak suka seseorang tu. Bertegur ape pun tak, tapi tetap…dia cakap tak suka. Aku ni sebagai teman dia, tak reti nak mempertikaikan kebolehan dia tu. Lalu aku turut sama tak berani nak bersapa ngan orang dia tak suka, walhal orang tu tak buat ape pun kat aku. Sori for those friends yang kecik ati ngan aku. Pernah salah sorang dari coursemate aku (laki) datang tegur aku. He’s very nice and friendly but, totally goes wrong bila my friends said directly on his face,

“Hey, ko sedar tak ko sekor je kumbang kat sini. Blah..blah..blah..”

Dalam hati aku, Ya Allah…ape la salahnya mamat ni nak berkawan pun. Bukan dia tegur engko pun, dia tegur aku. Hurm…Pastu aku think posife, maybe dia takut hati aku terpaut kot. Actually, aku sangat lah friendly..I like to be friend, but I can get to it because nak jaga hati dia. Masa survival laut kat Bidong ari tu pun, even team kitorang pun dia tak suka…dia cakap..

“bebudak laki ni, gedikss aa..meluat aku..ntah hapa2”..erm..Aku pun follow…tu la masalah besar pada diri aku. Tak reti nak buat keputusan sendiri. Ikut je telunjuk orang.

Masa aku mula2 kenal my sweetheart ni, kawan aku cakap…

“aku tak kisah kalau engko nak mula hidup baru ngan dia”

Then, lepas beberapa minggu dia cakap..

“Ey, aku tak suka la engko keluar date ngan dia. Aku tak suka dia.”

Bukan ke sepatutnya bila dia tengok aku bahagia, dia pun patut bahagia. Dia siap suruh aku carik exboyfriend aku balik..and pujuk kapel balik. What!! Dia suruh aku grab balik. Seseorang yang dah dump aku, there’s no way to get back. Setiap kali aku bergayut ke, dia buat muka tak puas hati. Dah banyak kali aku nangis pasal dia. Dah banyak kali aku tidur kat rumah kawan aku yang lain. Yela, bila balik bilik yang sebesar toilet tu, asyik kena pulau ke. Baik aku bawak diri. Pernah jugak bila balak aku wish gudluck masa aku nak amik test, dia tanya aku..

“Sapa?”

Aku terpaksa tipu..”membe sekolah”…sebab kalau aku berterus terang for sure dia akan buat muka tahap benci kat aku. Aku pun tak faham sebenarnya. Apa yang dia nak. My sweetheart aku tu pun tak pernah pun wat pape pun kat dia. Hakikatnya, dia rela tengok aku meratap sedih kena clash dari tengok aku bahagia ngan my sweetheart.

Aku ni sikit punya tatang dia lebih dari kekasih aku. Bila dia taknak turun makan, aku kesian…siap nak belanja dia lagi. Sanggup tiap2 malam belanja pun tak pa. Tapi jenis keras kepala ni, pepaham je lah. If betul dia tak nak nyusahkan orang, aku boleh terima.Tapi apsal bila kitorang da sudah makan, pasti…mustiiii…dia buat muka.Aku tak paham kenapa dia nak bentuk muka dia macam tu. So sad laaa…..tengok membe yang kita sayang buat cam tu kat kita.

Dia marah aku bagai nak rak bila mak aku ada call dia. Bukan maki pun. Mak aku suruh dia kawan elok2. Aku tak dak sapa2 kat sana. Berani dia lawan cakap mak aku balik. Dia kata..

“Makcik, mamat tu bukan orang baik”

Hey, what the hell……..!! Bila aku masuk bilik dengan kain telekung, sebab nak sembahyang. Dia serang aku. Dia cakap…

“ngko, duduk sekarang..Ok sekarang cakap..ape ngko tak puas ati ngan aku..?”nada..tengkingggg

Aku terkejut…”Ape ngko cakap ni”

“Eleh, aku taw ngko tak puas ati ngan aku” dalam hati aku…sepatutnya soalan itu yang aku tanya kat dia..

Tanpa banyak cakap, aku blah keluar dari bilik tu. Berlinang air mata aku time tu. Tak sembahyang maghrib aku hari tu. Aku call balak aku, dia datang amik aku. Niat nak tidur kat umah membe. Tapi teringat esoknye ade kelas. Dengan ape pun tak bawak. Sehelai sepinggang aku time tu. Lepas membe2 aku yang lain pujuk aku begitu jugak ngan my sweetheart, aku pun balik ke bilik. You know what happen…diorang kunci pintu bilik. Sedihh siot…Aku tak pernah pun nak sakitkan hati diorang apatah lagi nak tinggi kan suara.

Atas nasihat kawan aku sorang lagi ni, aku pun slow talk ngan dia. Then she accept my decision to have that men. 

Sem 2, PTPTN cuma dapat RM500 utk survive idup. Ari tu pulak, dia nak gi jumpa gewe plok doh kat klate. Aku pun drive laaa g sana pepagi tu. Kesian my sweetheart..I'm sorry for not telling the truth about tujuan sebenar...huhu

Sem 2 punya penghidupan, biasa2 saja. Kitorang dah makin rapat. And aku rasa dia dah pun berubah. Banyak benda dah makin serasi. Tapi bab2 nak kawan laki pompuan…still it is depends on her. Boleh dikatakan ¾ dari bebudak pompuan cos aku, jadi bahan cerita untuk dia pertikaikan sikap buruknya seseorang. Geng lelaki, apatah lagi..Sapu bersih..Ada salah sorang ni paling dia nyampah..seingat aku..dia gelar minah tu sumthing. Tak yah la kot sebut kat sini. Macam2 cerita aku dengar walaupun aku tak tahu sangat that girl. Memang la that girl nampak macam suka show off…But, let her be la. Ada jugak yang sokong kata2 membe aku nih. Pernah jugak that girl tegur aku and senyum kat aku. Aku senyum la balik tapi dalam keadaan membelakangi membe aku la (pengecut). Maybe dia curiga kot…direct dia tanya aku..

“ey..ko senyum balik ek…ko nak betray aku ek”

Adeh…ape punya soalan la ni..aku yang bodoh ni pun jawab..”eh..mana ada aku senyum kat dia pun”…bangang punya jawapan…Kenapa lah aku sangat tak berani..sebab..

  1. sebab aku penakut (dia seorang yg berpengaruh, garang, laser and berani)
  2. sebab aku takut hilang kawan
  3. sebab aku sayang dia (ayat ni selalu sangat bf aku ejek kat aku sehingga hari ini)

Pernah kawan lama aku, sakit…dia takut tidur sorang…Aku ajak la kawan aku ni teman..bersungguh tak nak….then it’s ok la. Lantak lah kalau dia tak nak. Tapi siap takut2 kan aku. “Bahaya la wei”..Bahaya ke tak, she is my fren..as a fren susah sma2 la…Aku pegi la teman. In case kalau jadik benda yang sama kat dia, and orang buat macam tu..ape perasaan dia ek???tak..tak…dia tak pedulik orang kata. If dia nak, orang tu kena ikut. Kuasa bito…aku yang punya sayang kat dia ni, kalau dia nak pegi toilet tengah2 malam sanggup teman..kawan kan…

Lifestyle??Want to noe bout it?? She likes to dress simple…ya…simple..sampai tahap aku pun kena ikut simple cam dia. Aku tak taw macam mana bf aku boleh suka kat aku dulu..Baju besawww...pakai seluar trek kembang tahap gaban. Seluar jeans yang baggy2 nye..kembanggg..aku yang kurus keding ni, dah macam kelawar..hak..hak..hak..Yela, setiap kali aku pakai lawa sket ke, membe aku tu akan tanya…

“oi..nak pegi kelas pun pakai lawa2 ke??”...aku ni yang sepuluh kali bodoh ni…pun boleh plak berlakon…konon, saje pakai..hish..tak minat pakai lawa2…terus aku sapu pakai baju cam nenek tua…adeh..

Masuk je tahun 2, aku pindah masuk rumah. Itu satu lagi kesilapan besar yang aku telah buat. Terus mereka menjadi housemate aku. Aku bawak kereta supaya senang aku nak ulang alik ke kampus. Vroom..vroom..ke sana…ke mari…Bajet tu, minyak share2…kejap je minyak share2…badjet 30 ringgit seminggu, tapi guna lebih dari 30 ringgit..Ajak gi sana..gi sini..gi kedai tu..gi lepak pantai. Last2 aku yang topup minyak. Alasan, aku yang selalu guna. Hookayy!!tak pe, aku tak kisah sangat janji diorang sentiasa jadi peneman aku kat ganu tu. Bf aku, selalu bizziiiie…tapi aku boleh faham..beliau kerja. Masa sem 3 tu ok la lagi..banyak kenangan yang tercipta. Kalau aku tengah bersedih, aku suka keluar drive sampai aku cool. Membe aku ni la yang teman. Diorang pun semakin baik ngan bf aku selagi bf aku menyumbang sesuatu yang mengembirakan mereka. Yang bf aku layan je perangai diorang walau pun dia menyampah tahap cipan sebab tak mo diorang susahkan aku..sedey aku terpaksa libatkan beliau. Aku semakin bizie..bizie sebab diorang bizie. Asyik nak kesana..kesini. I have no rest..Sampai aku selalu terlupa besday bf aku. Dah berapa kali beliau kecik ati ngan aku.. I so sorrrryyyy dear.

Masuk je sem 4, banyak yang diorang ngajar aku. Tipuuu my bf. Sebab nak ajak gi tempat yang diorang suka time malam2. Kalau tetiba hari tu baik giler ngan aku, makna nya diorang nak ajak aku pegi suatu tempat. Kalau hari2 biasa, muka masing2 masam…dua2 housemate aku, selalu berdua. Pernah sekali tu, malam kul 1 tgh malam...salah sorang ni nak gi kuantan jumpe gewe. Untuk guna keta aku, aku tak berani. So sanggup pegi mintak tolong salah sorang budak laki yang menjadi kegemaran budak2 pompuan kelas aku. Aku ni serba salah la jugak sebab dah la pakai keta mamat ni, suruh pulak dia drive. Tapi hakikatnya, aku hilang kebersalahan demi membe2 aku. Sayang la katakan. Sayang time diorang baik ngan aku la..time dok permain aku, aku jadik setan penghasut hati. Nyampah tak taw nak kata. Kalau buat perangai,masa nak gi kelas tumpang gak keta aku. Tapi still muka masam. Aku pantang betul la bila celik ja mata, buat muka masam depan aku. Hati diguris2 rasa. Pastu nak buat sesuatu tu, tak pernah pun tanya keputusan aku. Setuju ke tak. Main redahhh je. Telinga aku ni, jadik bahan penyimpan hasil2 umpatan diorang terhadap mereka2 yang tak bersalah. Naik tensen aku. Bila agak2 aku tensen, aku pegi la teman bf aku kat pasar bt 6..jual ikan masin. Lagi rasa tenang. Pakcik2 kat situ baik. Selalu bagi ayam free kat aku. Sedekah kata dia..Macehhh pakcikkk!!!...

Dah masuk separuh sem 4..Pastu ada masalah dengan tuan rumah. Aku ngan bf aku la gak sibuk gi carik umah sewa. Mula tu diorang kata nak masuk asrama balik. Aku diam je la. Sedih la plak bila dah lama bersama. Walau pun kejam macam mana pun diorang buat aku, aku jadik tak kisah. Sebab, setiap kali aku bengang ka…terkecik ati ka…diari je la tempat aku luah rasa hati. Pastu, bila aku tengok diorang ok balik ngan aku, aku pun cair and ok la balik. Diorang pun ikut musim gak. Kadang2 cam beruang grizzle, kadang2 baik cam angel. So, takut la terpisah bila masuk asrama. Tapi, let them be la. Pastu dia cakap nak dok umah sewa gak tapi tak de duit nak bayar deposit umah, then aku la tolong topup2 duit deposit tu. Malam tu jugak la ngangkut barang2 diorang sekali ngan aku. Dan aku nak buat pengakuan kat sini. Membe aku ni siap ngangkut besi2 buruk dalam umah tu pegi jual kat kilang besi buruk sebab tak puas ati ngan tuan umah. Hadoiii…Sori yep tuan umah…

Selama aku dok kat umah baru tu, mula2 ok la. Cam mula2 dulu la. Masuk je sem 5, kitorang ada FYP(final year projek). Aku amik kursus kambing under doc fendi. Dia pun sama. Sorang lagi ni buat under doc lain. So, lab asing2. Tiap2 malam ajak lepak library..pegi online..berinternet (2%carik notes,98% tgk youtube and macam2 tube lagi). So, bila setiap kali bf aku ajak keluar, aku akan cakap ada keje. Sebab aku sorang je la yang boleh drive, takkan aku nak tinggal suruh diorang balik sendri, ye tak. Arghhhh….tensennn….I want my own life...aku pun ader life tersendiri gak. Tapi serius aku tak mampu bertegas.  

Memandangkan aku buat projek kambing, aku terpaksa ke kandang hari2 bagi kambing2 aku makan. Can you imagine, meh aku tunjuk jadual kegemaran aku.

Petang : kampus sebab hantar no.2 gi wat keje FYP..so, aku lepak kat UMT la sementara tunggu dia habih.

Extra mlm: K.T sebab ajak lepak.

Jadual2 tu nanti boleh rotate..Sekiranya petang aku kena pegi kandang, then begitu lah sebaliknya. But sumtimes, sama2 pegi sekali gus waktu pagi. Haa…petang diorg ajak pegi shopping la. Time ni, kompom aku tengah berkawan dengan angel. Kalau tetiba aku cancel sebab nak gi dating, kompom mereka bertukar..erk..pepaham sendirik. Sampai satu tahap, aku dah tak pedulik bila diorang selalu buat muka. Melainkan kalau aku janjikan sesuatu..

“Haa..nanti aku bawak balik burger ek untuk korang”…muka kembali ceria…

Hadehhh…kadang tak makan suap gak..diorang akan cakap..

“Ala, ko nak pegi dating ke…Ala..takyah la ari ni” kata housemate no.2 kepada ku.

“Dah lama wei, aku tak keluar ngan dia” jawap aku…

“Biar lah dia wei…biar…biar…kita pegi la mana2”pujuk housemate no. 1 kepada no. 2.

Eh, korang nak pegi mana?” tanya aku saje nak amik ati.

“Suka hati kitorang la..mane bole bagitaw ko. Ko pegi la dating” balas housemate no.1 kepada ku..

Aku sket punya tanya elok2, tu la tandanya diorang tak suka. Selalu jugak, pada hari cuti, sedang aku dapat tidur dengan tenang dan nyenyaknyaaa…inilah masanya aku nak cover balik semua..hiargh…kul 8 pagi…

“aweennnn….” Terdengar sayupp….

“aweennnnnnnnnn….” Suara housemate no.1….

“Jom kita pegi K.B nak??” pujuk dirinya dengan baik..housemate no.2 takda. So, tak da kes buli pada hari tu sebab tak da geng.

“Aaa…Sekarang ke” dalam hati..kejap..kejap..bagi la aku tidur jappp…erk..terpikir, ikut je lah…kesian pulak rasa. Bukan selalu dia berdating. Lagipun, dia yang support, aku Cuma drive je..Vroommmmmm…pegi pagi…balik tgh mlm kul 2..Bila wujud sorang lagi, kuasa lain pun muncul. So, diari…please be with me..sob..sob..sob..doa yang selalu menjadi kekuatan hidup aku bersama diorang..

 Ya Allah, sekiranya apa yang sedang berlaku adalah hukuman terhadapku untuk menhapuskan dosa-dosa ku..Ku memohon agar dikurangkan beban itu. Tetapi seandainya itu adalah ujian daripadaMu...lalu aku redhaa...semoga diriku lebih tabah menhadapi semua.

Oneday, diorang bukak diari aku tanpa pengetahuan aku. Kebetulan masa tu aku tengah mengadu nasib kat mak aku sebab kalau ngadu kat bf aku, kompom rebut lanina melanda kat depan umah aku. Aku bertambah sedih bila sepatutnya aku yg marah, tapi diorang yang marah aku sebab tulis bukan2 pasal diorang dalam diari tu. Hoookeeyyy…!!tu kan diari aku. Diorang panggil

“Aweeeeennnnn!!! Keluar sekarang jugak..aku nak cakap ngan ko.” Kata hsemte no.1. Kemudian disusuli hsemte no.2. Sedangkan aku tengah bergayut ngan mak aku sambil nangis2. Then aku pun keluar berdepan ngan diorang..

“Haaa…sekarang cakap…cakapppp…apa ko tak puas ati..CAKAP!!” kata hsemate no.1

“Apsal ko tulih pasal buruk kitorang dalam diari ko!!” no.1 & 2..aku pun dah tak ingat yang mana satu sebab campur aduk serbu aku gilir2…At that time bf aku cal. Dia nak cakap ngan no.1, tapi aku tak bagi. Pastu aku letak. Mendengar panahan petir dari mulut diorang bergilir-gilir. Aku hanya mampu tunduk pegang tipon sambil nangis. Betapa bengap n bangangnya aku sebab biar orang maki aku cam tu. Then diakhiri dengan kata dua dari no.1…

“Sekarang aku bagi ko dua pilihan..ko buang diari ko tu and kita kembali pada asal atau kita semua pindah” kata no.1

Mula tu nak lupakan semua tu and buang diari aku tu, tapi tak taw dari mana kekuatan tu muncul bila aku teringat mak aku…family aku..and bf aku yang dah banyak berkorban untuk aku. Rumah ni, aku ngan bf aku yang carik. So, kata putusnya…

“Pindah”.. slow je aku cakap, tapi diorang tergamam kejap. Then aku terus angkut tilam yang aku sanggup share ngan no.1 sepanjang aku berada kat bumi Terengganu tu masuk bilik aku yang paling kecik kat dapur sebab dua bilik besar tu aku fikir untuk keselesaan diorang walaupun akhirnya masing2 tidur kat ruang tamu.

Cemburu kah kat aku? Menyampah sangat ke kat aku? Ape aku dah buat? Semua benda aku cuba fulfill kan. Nak ape lagi? Tak suka sebab ‘berdating tu maksiat’..Tanya pada diri sendiri dulu sapa yang macam tu sebelum berfikir demikian. Ade jugak statement yang diorang keluarkan kata aku menghabiskan makanan diorang but cuba ukur badan aku ngan badan diorang. Selama ni aku nak mintak duit minyak sorang sploh ringgit pun dah buat muka, last2 malas amik taw, aku buh minyak sendiri tak bagi taw. Bukan nak ucap terima kasih. Kena hina lagi...Walaupun ko cuba burukkan…and busukkan nama aku…Tuhan tu tau sapa dipihak yang benar dan sapa aku. Aku masih sayang diorang walaupun semua ni da berlaku. But..cukuplah..sayang aku sampai tahap ni je yang aku mampu bagi.

Satu saja sem yang tinggal untuk aku cipta kenangan terindah kat UMT tu. Aku dah bergiat dalam program yang paling aku idamkan sejak sem 1. Aku berjaya buat persembahan solo main guitar sebab selama ni, diorang anggap main guitar tu tak elok. Aku dapat ramai kawan2 baru yang jauh lebih hebat dari diorang and housemate baru yang sekepala ngan aku. Dan bilik aku, of cos la master bedroom. Aku berjaya dapat pointer lebih bagus dari sebelum ni. Aku dah boleh dating dengan senang hati. Dannnn banyakkkk lagi…aku asyik ketawa sampai satu tahap, aku tak sempat nak bersedih. For teman2 yang selalu hepikan aku masa sem 6..thanks a lot…walau pun hanya seketika..it’s already enough for me. Klau aku jumpa korang dulu masa sem 1..mesti aku lebih bahagia..sob..sob..

Kini, aku lebih tegas. Kalau aku tak suka, then aku direct terus terang. Kalau aku taknak..I will say NO…but for those yg still jadi kawan aku…dun wori, korang memang best…aku sayanggg koranggg…

For those nak mula idup baru kat Universiti..please bsedia…sayangi diri anda.. Bina hidup anda dengan baik sebab kat Universiti adalah tempat paling best untuk kita cipta kenangan yang indah..Jangan sia2kan hidup anda…Gudluckkk…

Sunday, October 3, 2010

Dear moon, please bring me with you...

Kalau dulu,

Aku mahukan,
Aku berharap,
Aku meminta,
Aku menginginkan,

Tapi kini,

Aku relakan,
Aku tak minta,
Aku tak berharap,
Aku redha....


Kata2 yang sering bermain difikiranku. berlegar disetiap kalinya ku membuka mata. Empangan embun ini, tak pernah lelah melepaskan air yang mengalir. Laju sederas air terjun. Kalau dulu, aku tak boleh hidup tanpanya. Dia milikku. Aku sangat memerlukan. Apa pun yang terjadi, aku mahukannya. Dia hanya untukku. Apa pun halangan sedia ku tepis. Berdiri tegak tanpa mahu berganjak, biar pun yang datang jutaan bilah pedang yang bisa menghunus ke hati ku.

Tapi kini?? Ya kini...Aku lebih lemah. Setiap belahan tajam pedang yang sudah sedia menghunusku bertahun lamanya berjaya melemahkan aku. Aku tidak lagi berdiri tegak. Lemah rebah ke tanah. Tidak lagi berharap...tidak lagi meminta...dan aku redha kalau itu takdir ku. Perginya diriku, aku relakan...perginya dirimu..tetap jua ku relakan walaupun diri masih memerlukan. Terbaring ku di situ..hanya membiarkan masa menentukan segalanya. Pejam ku...hanya untuk mu. Pergiku, hanya untuk mu. 

Dimana pilihan ku??perlu adakah persoalan itu? Tiada pilihan untuk hikayat hidup ku.Sejauh mana pun ku berusaha, tetap takdir yang sudah menentukan arah tuju...Aku masih terbaring disitu..melihat langit. Awan,bantu lah aku...Langit nan biru, bawalah aku...Bintang yang indah, sinarilah diri ku..Bulan purnama, izinkanku bersama mu..

Putus harapan??Apakah janji ku terhadapmu..??Ku menjanjikan kebahagiaan untuk mu. Ku menjanjikan senyuman untuk mu. Lalu aku bangun. Duduk....tidak mampu berdiri. Menanti sekali lagi hunusan jutaan pedang itu. Ya...Aku mampu...hanyalah kerana diri mu yang masih memerlukan aku. Hanyalah kerana dirimu yang masih menjadi aku satu-satunya kebahagiaan dalam hidup mu. Kerna kau lemah tanpa diri ku, aku rela menjadi kekuatan sekali lagi untuk mu. Bantulah aku wahai kekasih, untuk bangun semula berdiri tegak bersamamu menanti taman indah untuk kita. Jika, suatu hari nanti kau bersedih, kerna diri ku. Kau lemah, kerna diri ku. Dan kau melihat nun jauh disana ada sinar bahagia untuk mu walaupun tanpa diriku....aku redhaaa...Lambaian indah sedia ku nanti..melihat kau lebih bahagia..



Bulannn...janji padaku..bawaku bersamamu..


There was an error in this gadget