Labels

Pages

Tuesday, November 30, 2010

Music....was just my life

Masa aku kecik molek dulu, aku dapat guitar mainan..maka sejak itu lah aku berkecimpung dalam dunia seni.Aku rasa dah macam keturunan kot. Sebab angah aku pun dah jadik cikgu musik. Walaupun tak sampai tahap musician kat dunia ni. Tapi aku rasa enough kot sekadar main sikit2..persembahan sikit2...sekadar suka2...tak da la sampai tahap nak jadikkan punca rezeki..Starting belajar lepas amik exam PMR. Aku mintak angah aku ajar main guitar sebab dah gian sangat tengok dia dok main. Dok sampai form 5..guitar tu hilang..seingat aku kaler hitam. kapok je pun. Then aku pun bersedih hati la. Hari2 pasang lagu kumpulan The Eagle..tengok diorang main guitar. Bergenang air mata aku. Pada malam 19 Jun 2003, daddy aku baru balik keja. Seperti biasa, daddy aku bawakan kek untuk aku. Setelah makan dengan lahapnya, daddy aku suruh aku angkat barang kat bonet keta. Aku yang terkedek2 bukak bonet keta ternampak ada kotak besaw punya...Aku pun pelik. Dalam hati 'besarrr ni...camna nak angkat..haish'..aku gagahi jua...tapi bila angkat, rasa cam ringan2 jugak. Aku tengok kiri kanan..Clear...Aku pun bukak...Sebuah guitar berkaler biru tua diselit dengan pick kaler biru tua jugak terpampang di depan mataku..Aku terlupa..lalu.."arghhhhhhhhh" terjerit aku disitu..thanks to my dad. Beliau tak sanggup tengok anak pompuannya bersedih la tu. Beliau cakap, lagi pun nak SPM...bagi semangat sikit...Ada corak bunga2 lagi kat situ.

"bila la aku nak glamour.." angan aku..
Merata tempat aku dah bawak guitar daddy aku tu. Sampai my dear sweetheart pun sanggup beli guitar yang kaler almond tu nak belajar jadi cam aku. Tapi, bila dah kapel..beliau tinggal berkepuk dalam almari beliau. So, daripada rosak beliau pun bagi la kat aku. Keyboard tu pulak, aku baru je belajar. Aku tak taw la kurun ke berapa dah keyboard tu sebab tu abang aku punya. Cuma aku yang buat cam harta aku sendiri. Haha..Yelah..nak belajar, so aku pinjam la. Huhu..Impian aku..nak tambah banyak lagi instrument lain such as drum..guitar letrik...bass..segala tong2 speaker..senang criter..aku nak bukak studio kat umah aku..haha

Sunday, November 28, 2010

Love for girl..!!

They said that love make us do the craziest things. but there's also because do terror of things. When that happen, it's not really love..it's fear. Fear of being alone..being replace...and forgotten...






to become a girl, that's the only feeling we have..rather than man...


have u ever feel it?...

Friday, November 26, 2010

Pure me.

Lega hati aku bila bukak blog. Kat blog ni, da macam diari kot. Tak da erti kata hipokrit. Nak cerita apa pun boleh. Aku suka!! Kalau kat fesbuk ka, frenster, myspace, tagged, or twitter..aku rasa aku perlu kontrol sket kot cara aku berkomunikasi dengan orang. Ye la..kang tercakap lebih2, ada yang terasa hati. Lega aku..lega aku..lega aku..Even zaman sekarang dah wujudnya blog. But, aku still tak tinggal diari yang dah jadi sebuah buku setebal buku Campbell for biologist student. Haha. Aku dah tak boleh sorok da la diari tu. Kena carik buku baru nih. Well in this blog, aku boleh la cerita serba sikit. Kira rumusan dari diari la. Cuma aku tak mention nama orang. Kang kena saman pulak. Da kena naik turun mahkamah. Terpampang la wajah aku di dada akhbar. Maka femes la blog aku. haha..Huish apa aku melalut nih. By the way, starting from now aku akan lebih kerap la kot update blog berdasarkan cerita yang aku lalui in a week maybe...in a days..or even hours...daa..adiosss

Tuesday, November 23, 2010

Fullll....in raya aji

Raya aji ritu, semua family ada. Kitorang 4 beradik. From mom n dad, big bro...bro..me and sis. That's a complete family. Sekarang, bertambah lagi ahli keluarga. Big bro n the family, di recruit oleh 2 of his son.  Semua dah besar2 pun anak2 nerudin nih...kalau dulu kecik2..kurus2..ada yg montel2..comey2..cute miut...haha..now dah bigger2...hensem2..lawa2..ececece....
Waaa...wa...tudung..periuk...tudung periukkkk..pandai menari...menari lah laguuuu...oo..menari la lagu...lalalalala
cucuk...cucukkkk...jgn x cucuk...big bro with sis in law
satay..satay..satay..ari raya aji ni..ada satay lembu..satay ayam..da satay rabbit...
aku baru tau ni daging rabbit yang adik aku bela...haip..nak makan pikir dua kali..tapi lastly..makan gak..sedapppp rupanya...lebih lembutt n manisss..dari ayam..nyum..



Monday, November 15, 2010

Lubang CINTA..

Bertahun sudah aku masuk dalam dunia bunga-bunga cinta. Bertahun sudah aku mula lafaz ayat-ayat yang kalau masa sekolah dulu, aku rasa geli. "I Love U"..."I miss U"..merayu..merengek...meminta...menangis...semua tu jauh dari sikap aku masa sekolah dulu. Dah berbelas kawan2 sekolah aku yang jumpa and cakap,

"I can't believe this. Aween, is this u?"
"Betul ke hang ni?"
"Ya Allah, hang dah jauh berubah"
"Aku respek pada lelaki yang berjaya mengubah hang"

Ya, mungkin itu satu kemajuan..tapi hakikatnya dalam bercinta ada pasang surutnya. HATI...hati yang dulunya aku anggap sangat cekal. Sangat ditatang. Takkan sama sekali aku biarkan hati ini terluka. Lalu aku sering menjauhkan diri dari bercinta. Aku selalu tengok bagaimana peritnya cousin aku putus cinta. Aku selalu tengok bagaimana saudara ku sendiri putus cinta. Perit..Perit sehingga aku tak mampu menahan air mata dari melihat mereka jatuh jauh ke dalam lubang cinta yang memusnahkan jiwa mereka. Aku bertekad, takkan sama sekali menjengah lubang itu. Takkan sama sekali memandang apa yang berada di dalam. Senang aku katakan, aku bahagia berjalan sana sini tanpa memikirkan cinta. Aku bukan milik siapa2...senang aku katakan, aku mudah melukakan hati lelaki yang cuba menyentuh hati ku..Stay away, is the best. Dah berapa ramai aku tolak. Bukan untuk berbangga, tapi sekadar mengelakkan hati dari dilukai..Tapi itu hanya dulu...

Usia semakin meningkat, pertama kali menjengah ke dunia luar..Aku melihat, teman2 ku bahagia si samping cinta yang mereka miliki. Hasutan cinta datang berbisik "tak semua orang frust teruk camtu, tengok ramai yang bahagia"...Hasutan itu berjaya memadam prinsip hidup yang telah lama aku bina. Aku mula melihat kedalam lubang itu...tatkala itu aku terjatuh jauh kedalam..terlupa siapa diriku yang sebenar...terlupa bahawa sekali aku melangkah ke dalam dunia cinta, tak mungkin aku mampu berpatah keluar dari dunia itu.. Aku lupa semua itu...semudah itu aku melangkah..Sedang aku leka bermain di dalam taman cinta, ombak..ribut taufan melanda..merosakkan taman itu. Tidak lagi seindah dulu..tiada lagi tempat untuk aku bermain..Aku terduduk disitu. Untuk aku keluar dari taman itu, mustahil kerana sudah jauh ke dalam. Baru aku sedar, cinta bukanlah seindah yang digambarkan. Cinta mudah melekakan. 

Aku tak punya pilihan, melainkan cuba menanam kembali bunga2 cinta di kawasan itu. Aku cuba sirami lagi. Bunga yang aku tanam adakalanya mudah layu,terkejar2 aku menyelamatkannya.Di dalam kesibukan menyemai pokok2 bunga itu, aku sedar..aku tidak sempat lagi bermain..tidak sempat lagi berlari. Sekadar menyemai pokok bunga. Tak cukupkah baja yang aku taburkan? Tak cukupkah kasih yang aku beri. Menangis aku seperti anak kecil. Meronta2...menyalahkan takdir...

"Andai aku tak mampu, kenapa cinta datang bertandang?"
"Di saat aku tak mahu, mengapa perasaan datang menghimpit?"
"Sesudah aku memerlukan, mengapa cinta menjauhi aku?"

Hati kecil mula berkata, "tak mengapa...kejayaan takkan datang tanpa pengorbanan, manusia takkan matang tanpa pengalaman"...Kalau dulu hati ini kental, kuat, kukuh seperti konkrit..Tapi kini, rapuh...lembut..senang dikoyak. Ya..pengalaman..yang mendewasakan aku...Hanya satu yang aku pinta..mohon..ya Allah..tabahkan hatiku.

Wednesday, November 10, 2010

Am I a loser in the universe?

Am I losing my weight?? Nop..never. Kalau masa matrik dulu aku gemuk sebab asyik makan hati..1st time kena clash dalam telefon hookayyyy yang berbunyi

Msg: Kita clash!!

Time tu banyak la member yang lari tinggalkan aku. Hanya segelintir yang masih jadi tulang belakang aku. So, I couldn't stop from eating. Makan..makan..dan terus makan. Kul 3 pagi pun makan. Peha dah dua kali ganda peha aku sekarang. Pastu, ada la mulut yang dah mula ejek aku gemuk. Haha..kalau aku senyum, kompom pipi terkeluar dari tudung. Erk..sampai marah pada diri sendiri. 

"Aween...!!!membe mu semua badan lawa slim rivernye..hentikan tabiat buruk kau"...

Then tiba masanya aku mula langkah baru. Cuba lagi...baru je masuk U, 4 hari...msg sampai kat henfon aku...

Msg: Carik lah orang yang lebih baik.

Hahaha...Nak tergelak semua kenangan ni. Aku terus kena anexroxia. Kurus kering. Kek yang sekeping pun aku hanya habiskan separuh je. Asyik kena reject dalam telefon. Dalam bentuk mesej plak tu. Keji nye rasa diri ini...Hina betul...Aku rasa la kan, sebab masa declare dulu pun dalam tipon..Sebab tu kena reject pun pakai tipon. Haha..

Pastu..step by step bangun balik...hiargh..At last, 3 month to get knowin' him. I've been fall in love again. Dengan cara seorang lelaki yang gentlemen. Kagum rasa nya...kematangannya...terlalu sempurna dirinya untuk aku. Kesungguhan nya, terlalu membanggakan aku. Inilah yang dicari...Face to face, keberaniannya membawa aku ke dunia realiti bahawa aku bukan lah sehina itu..aku bukanlah sekeji itu untuk dihenyak ke dalam tanah agar tidak diterima oleh kasihnya cinta. Terima kasih wahai sweetheart ku kerna menjadikan aku bidadarimu...Kaulah yang terbaik...didikanmu menjadikan aku lebih kuat dan tabah. Menjadikan aku wanita yang lebih memahami dalam menilai erti cinta.I love u. Tengok...tengok..perubahan yang mendadak. Aku dah suka berjiwang. Kalau dulu, mulut ni kaku nak cakap jiwang camtu. Haha...
                   
nyum..nyum..makan spegetti..no perencah kedai taw..buat sendiri.
Sekarang aku dah boleh makan dengan amannn..dah boleh makan masakan air tangan sendiri..yey..berjaya...badan kekal ideal la kot...exercise selalu...



Tuesday, November 9, 2010

Cita2??Atau kewajaran...


Cita2 sebenar aku masa skolah dulu nak jadi angkasawati. Dari kecik sampai besaw ni, aku suka cerita pasal universe. Kejadian2 yg blaku kat luar atmosfera kita. Info paling ngeri pernah aku baca pasal lubang hitam. Scary sikit pasal fenomena ni tapi curious nak taw. Impian aku masa ni, nak tengok bumi kita dari angkasa..


Cita2 masa dah masuk matrik, gedik nak amik medic nak jadi doktor walaupun tahap IQ aku level kanak2 umur 2 tahun. Bila aku masuk Universiti, aku dah mula belajar pasal genetic engineering. 


Banyak pasal mutant yang di ajar oleh lecturer feveret aku, Dr. Cha. I like him. Ops!! So, aku dah mula minat pasal recombinant. Camna nak kacuk harimau dengan burung. Sebab gen2 kita ni boleh klasifikasikan kat mana letaknya tangan kita. Kat mana letaknya mata kita. Kalau berlaku kesilapan dalam gen kita, sebab tu la berlakunya pada sesetengah orang tangan kat pungkok ka..Kat perut ka. Tangan ada sepuluh ka. Haaa…Semua tu dari sudut negative. Tapi menurut Dr. Cha kesayangan aku tu, kalau kita tengok dari sudut positive..tak mustahil kita boleh hasilkan orang-orang mutant macam Spiderman…X-men..Incredible Hulk..and macam2 jenis hero lagi lah dengan cara tambah gen kat DNA seseorang bagi dia boleh terbang ka…bagi dia kuat ka..pergh..so cita2 aku di kala ini nak jadi genetic engineering punya orang la.


Di akhir Sem, aku kena buat projek pasal vaccine kat kambing. Aku dah mula sayang kambing la pulak. Mula la bercita-cita nak jadi penternak kambing


Tapi, untuk jadi penternak kambing yang abadi memerlukan modal yang tinggi. Tanah lagi…dengan keja pun tunggang langgang lagi. So, aku decide nak jadi researcher.

Now, I’m a researcher but bahagian padi. Mula2 rasa seronok, tapi disebabkan environment yang menyakitkan hati and bekerja dalam keadaan panas terik kat bendang ni menyebab aku aku hanya tertarik pada research pasal binatang, hutan and something yang buat research dalam lab. Aku lah pencinta haiwan. Teringin pulak nak kerja kat zoo.ngee~~


Tapi, bila aku berfikir sejenak, dengan tenang..dan waras…sekiranya aku tak kawin2…jadi andartu, boleh la aku keja apa pun. Tak kisah, yang penting duit. Sekiranya aku kawin, profession guru pun ok. Balik tengah hari, amik anak skolah…dan balik rumah. Tapi untuk dapat profession tu, bukan semudah yang disangka. Aku tak tahu pulak environment tu macam mana. Lalu…aku berfikir lagi…lagi..dan lagi…sekali lagi..lagi….tinksss!!

Sekiranya aku akan berumah tangga, for sure aku akan jadi seorang isteri…seorang ibu insyallah..Suri rumah tangga adalah sebaik2 wanita yang menjaga keperluan anak2 dan suaminya. Tapi, hakikatnya sebuah kehidupan tu. Zaman sekarang mana boleh bergantung kat pendapatan suami ja. Betul tak?..So, aku bercita2 nak jadi seorang penulis. Tak kisah la penulis apa pun. Baru2 ni aku dah berjaya jual skrip cerita. Tak mustahil aku boleh jual novel pulak ke. Apa2 ja..So, I guess, hidupku lebih tenang dengan menjadi seorang penulis kot. Time anak pegi sekolah, suami pegi keja…aku pulak kemas rumah. Sementara baju2 dibasuh oleh mesin, aku boleh sambung menaip…At any time bila2 aku ada masa free, aku pegi menaip…Carik ilham…tak perlu apply cuti sebab kat mana ja aku pegi bercuti, aku boleh buat kerja. Carik duit. Dalam masa yang sama, keperluan keluarga terjamin beres…Insyallah..berangan kah aku..erk..

Thursday, November 4, 2010

Juscooooo area perda

Bulan lepas pada 21 0ktober 2010 (tarikh beday beliau). Malam tu aku ngan housemate aku si wawa pegi Jusco tu. Wawa nak beli kasut keja dan aku pulak nak beli baju baru sebab beliau nak datang jumpa aku kat Penang ni. So, mesti la nak pakai lawa2 kan. Settle ja beli semua barang, kitorang nak balik la. Tetiba hujan lebat la pulak. Kereta parking kat luar, ramai orang tunggu hujan reda kat bawah bumbung. So, memandangkan baru pukul 10 mlm..So, aku bagi cadangan. 

" Jom kita tengok wayang nak tak. Sementara hujan reda. Ramai sangat kat sini." Ajak aku beriya-iya..

" Ha...boleh gak..jom..jom..." respon baik dari Wawa. 

Memandangkan banyak barang kiri kanan berbundut2 kitorang bawak, so kitorang decide naik lif je. Ye aa, dengan barang rumah...susu berkotak2...ribena lah...megi lah...sunsweet..banyak lagi..tergedik2 la kitorang menuju ke lif. Ada 3 lif kat situ. Lif tengah terbuka. Wawa masuk dulu. Then bila aku nak masuk, mulut aku yang tak dak insuran ni cakap...




"Apsal rasa lif ni cam scary ja..tengok haa lampu pun malap ja..kosong ja"..tapi aku masuk gak la..

Wawa tak da respon, mungkin dia pun taw keceluparan mulut aku. Ahaha..Pastu, dah bajet wayang tingkat paling atas, so...wawa pun tekan tingkat 3....lif pun bergerak...tunggu..tunggu..tunggu...bila pintu lif bukak jew. Di depan kitorang..hanyalah banggunan kosongggggg..gelap......hitammmm....memandangkan kami berdua..perasaan takut tu..memang gila2 dasyat lah..Wawa pandang aku..aku pun padang Wawa..dengan pantas Wawa terus tekan tingkat satu balik. Tetiba lif berenti kat tingkat 2 sebab ada orang naik. Kat tingkat 2 tu, baru la jumpa banyak kedai2. ..Aku pun baru teringat. Memang kat tingkat paling atas tu tak bukak lagi. Tergelak pada diri sediri. Lepas sampai tingkat satu, budak pompuan tu keluar. Aku decide lagi...

" Wawa, maybe tingkat 2 kot paling atas...dah tadikan budak tu masuk ikut tingkat 2..nak tak?"

" Haa...ok gak tu..tu aa..gila gabra..kalau jadik sekali lagi ni..tak taw nak kata apa la" balas Wawa..

Aku pun tekan tingkat 2...tunggu...tunggu..tunggu...bila pintu lif bukak..still...kat tempat yang sama..gelap gulita...celaka...




Aku ngan Wawa dah kebiruan..masing-masing tunduk terus tekan tingkat 1 balik..terus keluar and lastly decide naik eskeletor je..biar aa bawak barang berbundut2 pun..aku relaaaa....wawa cakap..

" Malam ni malam jumaatkan??Kalau tadi jadi kali ketiga, memang kita ati bunuh diri la.."

" Haaa...yeke??kenapa???" reply aku insist nak taw..

" Orang kata, kalau jadi kali ketiga tu tak elok" explain Wawa penuh berhati2...

Berdiri bulu roma aku..erkkk...!! Tobat tak mau naik lif kat Juscooo tu lagi...

Bila aku cerita kat mak aku, mak aku kata mungkin kedai dah tutup kot sebab dah pukul sepuluh...Tapi logik tak bila lepas budak tu turun tingkat satu..then kitorang naik balik ke tingkat 2 yang hanya jarak masa tak sampai 30 saat..tetiba semua kedai tutup terus..mesti lif tu bawak kitorang pegi tingkat paling atas gak..

Tuesday, November 2, 2010

Bekerjiiii!!!!


Yes..at the first time i step here..work here..accept pendapat daddy aku untuk keje kat sini sangat susah. I don't like to work here honestly. As a research officer (kontrak je pun). Suatu hari, aku muhasabah diri aku sendiri. Yup, I've got this. I have to be here. Beliau banyak bagi kekuatan untuk aku terus berada kat sini. Kerja kat sini. Then aku kena work with this Scientist from China. Good work but work like hell. Tugas aku...

1. RO
2. Buruh
3. Assistant
4. Baby sitter
5. Driver

No. 5 and no. 4 tu paling aku tak boleh terima. I hate it!!!...but my bos, as usual only can said that.."bersabar lah yerr". Mula2 aku ni workaholic la gak. But then, makin lama makin menjadi. Bukan aku nak berkira sangat drive bawak diorang tu pegi SHOPPING. Mula2 3 kali seminggu pegi jalan2 naik keta aku. Pastu, skunk dah jadi sekali seminggu. Alhamdullilah lah...minyak boleh claim..Maintanance keta aku sapa nak tanggung??..ok fine..xpe lah..aku boleh konsider lagik. Pastu incase aku ekseden..dengan insuran takder sebab aku ni kontrak je. Pastu tak de cuti. Cuti MC pun tak boleh pakai. Kalau nak cuti, potong gaji or ganti cuti. 

Mula2 aku bersemangat la jugak kerja turun bendang. Best wehh...Tapi kalau sampai kul 12 tengah hari pun nak suruh aku turun bendang, memang hampeh la tu.Hey...buruh pun reti naik dari bendang awal. Di tambah pulak buruh2 yang suka mengumpat sana sini. That's the most sikap yang aku tak suka. Suka bawak cerita pegi sana sini. Persetan la tu. Now, memang aku tak turun bendang sebab, kalau sampai sepoloh orang nak cabut satu pokok je nak buat apa??. Kalau aku buat semua kerja buruh, sapa nak wat kerja lab??buruh ka?? Ada antara tu nak mempertikaikan cara aku kerja. Sebelum tu, yang korang tu dah perfect sangat ke??Duduk melepak, mengumpat sampai petang..Siap ada yang tidur..tu apa kesss....it's so freaking annoying when someone thinks that you don't deserve to be around anymore and tells it to your face and worst still, to laugh it off as though its a funny little joke. Well, does he ever consider how the person might feel? Not only de-motivated but the feeling of hatred towards that person was building inside of me. I really hate him. 

One more thing, those yang tak suka aku...or yang cakap pasal aku macam2 kat belakang..silakan. Go ahead. I know...and always know. Each person yang yang dok mengata kat belakang sebab kawan2 korang pun lidah bercabang gak. Dia tukang dengar..dia tukang ngata..then cerita tu ini semua sampai kat aku gak. Tua ke muda ke..sama ja. Suka hati korang lah ye. And don't worry, aku pun dah tak lama nak blah dari sini. Sebab aku pun tak lalu nak stay n wat keje ni. Keje yang sememangnya dari awal aku tak suka. Kalau dulu aku boleh pekak kan telinga sebab beliau sering bagi aku semangat..begitu jugak family aku. Kini, aku dah bebas sebab beliau dah bagi green light suruh blah dari sini..Begitu jugak ngan family aku. One more thing, aku nak tanya"ada masalah ke kalau aku lawa"??walau pun aku tak rasa cam tu. Sebab aku ada dengar jugak pasal "eleh..awin tu mai sini keja nak menyegak ja"..aku pakai t-shirt ngan seluar trek pun kata.."hambuih lawa heh"..hah..by the way..thankssss atas pujian tu yek. Pada mereka yang ikhlas berbaik ngan aku.. Ikhlas berkawan dengan aku.. Ucapan terima kasih untuk semua...Aku sayang korang...Sayang la jugak nak tinggal tempat ni, tapi adanya segelintir yang suka baling telur busuk kat aku, then I need to go. Supaya semua nya hepi ever after lepas aku pegi..huh..





There was an error in this gadget