Labels

Pages

Monday, February 28, 2011

Almost lover.

I've heard story about married age. So cloudy to say that, 'kawin'...was the way to solve the problem. Was it?...And so lightly to say that,' kawin'..wasn't the only way to solve the problem. I bet this statement. From people to people...100 married people in 101 would vote to not the only way to solve the prob. Of couse it was enough to pull u out from maksiat or what so ever. But, becoming new sin u would involved. Ini bukan kisah aku...tapi kisah mereka yang berstatus dah kawin. Dah jadi macam satu adat, bila si suami baik..bini pulak buat perangai. Bila si isteri baik, lelaki pulak buat hal. Sama la dengan hubungan mertua dengan menantu. Mertua dan menantu akan masuk dalam topik lain. Maap. So, talking about married age. 


I've got this girl story. baru kahwin setahun jugak la. takda baby lagi. Lum ada rezeki. According to her story, her lovely husband sekarang ni da mula bergaul mesra dengan sorang girl yg dianggap player no.1. Even husband dia taw, but he still hang out ngan that girl. Yang peliknya masa sebelum kawin dulu, beria2 tak mau kat budak tu..nak gak kat kawan aku. Now, slalu blnja exgf kt secret recipe..tapi bini, dibiarkan makan nasik kat rumah. Bila teringin nak makan secret recipe, mula la cakap.."nak kena save duit"...what da hell la beb. Kiranya ni kisah dilema isteri la.


Kisah dilema seorang suami plak, lain sket. Bini dia main cakap aku hang ja dengan dia. Wow..sungguh tak hormat. Pernah mamat tu bagi aku baca mesej dari bini dia...she said that...

"ey..anak hang ni buang biji mempelam dalam lubang jamban, sat gi pandai2 aaa hang settlekan"..


pastu dia ignore je...then..tet..masuk lagi satu mesej,

"ey, aku rasa cam nak bunuh ja anak hang ni...tak pun pijak pala sampai mati...dah la rosakkan kerongsang aku..tudung aku pun rosak...nak beli takdak duit"...

ada ka patut seorang ibu cakap cenggitu pasal anak..gilak!!...mamat tu cerita sampai bertakung air mata dia. Dia cerita lagi, sampai kan loan abang ipar dia pun dia yang terpaksa bayar. Dasyat lah...bila cakap bab pasal loan tu, abang ipar dia cakap.."eleh, dengan adik beradik pun nak ngungkit"..hoh..dah la abang ipar sebelah bini dia..hari2 bagi laki makan mee goreng..memang rosak la badan mamat tu makan asid borik je memanjang. Makanan kegemaran laki dia pun bini dia tak taw..erm..nasihat aku untuk dia...sabau aje lah weiii....lumrah idup...

Ingat tu, masa berkapel risau bab2 kalau boyfren carik lain...astu..kawin la satu2 jln penyelesaiannyee..but, i was totally wrong...sebenarnya,kawin itu nikmat pada mereka yang betul2 memahami erti sesebuah perkahwinan itu...but, menempah neraka bagi mereka yang menjadikan perkahwinan itu sebagai kuasa untuk melepaskan nafsu..erm...kemana hala tuju kita..ye??

Tuesday, February 8, 2011

Nevermind.

Cuti raya hari tu, kenduri merata2. Kalau boleh makan tengahari tu sampai 5 kali pun, mak ngan daddy aku sanggup. Pagi tu, mak aku yang tak sihat tu pegi tolong orang kat kenduri. Aku rasa dah 4 kali kot dia kendurikan anak dia. Erk..pembetulan ayat, buat kenduri untuk anak dia. So, 4 kali jugak la mak aku pegi tolong jiran tu.  Pastu balik rumah, mula la muka merah padam sebab dah tak sihat tapi nak jugak pegi tolong. Sikit2 tu takpelah jugak. Pastu, aku tanya la mak aku.

"mak, kenapa mak berusaha sangat nak tolong diorang tu?"

mak aku pun reply, " sebab nanti time kenduri kat rumah kita plak...diorang pulak datang tolong"...

Dalam hati aku, ye lah tu. Datang tolong??Bukan ke mak aku sibuk suruh aku amik catering je. Diorang nak tolong pebende lagi??Haish..jahat betul hati ni. 5 jam aku berfikir sejenak. Dulu, kucing aku hilang pun jiran aku gak yang curik. Lepas tu, masa kenduri kecil2an along aku tu, memang la dia datang tolong. Tapi kejap je. Erm..dan aku berfikir lagi 2 jam sambil berjalan2 melihat keindahan sawah dikeliling rumah aku bersama Bobo. Biar lah, dah niat mak aku nak tolong kot. Yang penting ikhlas, tapi kalau boleh jangan sampai membawa kemudaratan sudah. Kalau aku dulu, memang tak kisah sebab bila ikhlas aku rasa tenang sangat biarpun orang tak balas balik. It's ok. Tapi sekarang ni, tak taw la. Bukan tak nak tolong, kalau tak balas balik tu takpe, tapi kalau siap baling taik balik kat muka..what da hell la beb. Kena kutuk lagi ada. That's why la kot aku jadi kejam cam ni kot. Hai...Ya Allah...mohon lembutkan hati hamba Mu ini semula.

Pastu sambung balik bab kenduri, memandangkan aku balik bercuti, it doesn't mean aku kena lepak kat rumah je. So, terpaksa la ikut family aku. Nasi kenduri, pepaham ja la. Kalau baling kat tayar pun boleh pancit. Keras nak mampus. So, no wonder la kalau pegi 5 buah rumah pun, tetap tak kenyang. Kenyang dengan air je lah. Tu masalahnya kalau buat catering. Risau jugak aku, kalau kena turn aku nanti macam mana?? Time kenduri abang aku dulu, bole la masak sendiri. Yelah, sedara mara semua kuat2 belaka. Sekarang, jalan pun membongkok. Biasalah kalau catering, punya nak tahan lama ayam tu, diorang akan goreng dulu..Pastu baru letak dalam lauk. Simpati la aku tengok untuk orang2 tua yang tak da gigi tu. Lepas tu, aku tertanya mak aku,

"mak..perlu ke kita attend semua majlis kawin ni. Why not, abah pegi yang sana. Kita pegi yang sini"

Mak aku pun jawab, "Ala, kita kena la pegi jugak sebab nanti time kenduri kita..tak da orang nak datang."..

Aku pun tertanya sendiri, hah...bukan ke bagus cenggitu. Kebanyakan yang datang tu, sekadar nak bergosip. 'Ey, baju dia tak lawa..'...'ey, makanan tak sedap'..'ey, tu ke laki dia..tak sepadan langsung'..itu apa yang aku dengar la. Niat pada nisbah 6:10 kebanyakannya totally wrong. Kadang2 otak jahat aku ni terpikir. Kenapa kita perlu keluarkan duit yang banyak..bersusah2...semata2 untuk puaskan hati orang yang hipokrit. Kadang2, aku tertanya2 kenapa family dia letak sampai 20k semata2 untuk kenduri? Dalam masa sehari, everything lesap camtu je. Bila lama berfikir, aku realize that...atas nama orang melayu, pangkat tu segala2nya. Sikap nak menunjuk, berlawan, ego,...dll. Mat saleh kat luar negara pun dah kaji otak manusia. Banyak2 otak yang tak bole pakai kat dunia ni adalah otak orang melayu. Sebab dari kajian yang diorang dah buat, hanya 10 % dari keseluruhan otak yang digunakan. Yang lelain, simpan cenggitu jew. Erk..Dasyat nye..Aku pun kiranya tergolonglah kan. So, fikir2 balik it's time for us untuk buktikan pada dunia pasal otak kita ni. Buang sikap busuk ati. Berubah bukan untuk orang lain, untuk diri kita jugak. Orang lain senang, kita pun senang. Tapi kalau sorang je berubah, memang malang la hidup dia bila orang yang tak pernah berubah tu tindas orang2 yang nak berubah ni. So, saranan aku...berubah lah pada keadaan masa. Kalau ada samseng tiba2 nak merogol, kalau zaman dulu bole la nak tunjuk baik sebab nak si samseng tu insaf dengan kebaikan yang kita bagi. Tapi zaman sekarang, kalau buat baik cam tu..nasihat si samseng tu...silap hari bulan, bukan takat kena rogol, siap kena bunuh lagi. Pastu humban dalam tangki najis. Tak ke naya ja. So, terpaksa la jadi jahat sepak terajang...baru lepas..

Diakhir watikah ni baru aku perasan, dari part kenduri, masuk cerita otak manusia..pastu tetiba plak pasal kebaikan orang. Haha. Ala..semua ni related la. Pandai2 la korang nilai sendiri. Cuma aku nak tekankan kat sini, kebaikan itu perlu kita tapis..tak semua orang boleh terima. Memang yang menilai tu Tuhan. Tapi Tuhan kita pun tak suruh kita jadi bodohkan. Buat apa ada otak kalau tak pakai. So, ambil lah masa untuk muhasabah diri kita yang semakin nak terjerumus dalam dunia yang semakin menuju ke zaman jahiliah ni.

Tuesday, February 1, 2011

My side convert to Once in a lifetime

Sepanjang hampir 25 tahun ni, all things yang aku lalui sekali je dalam seumur hidup, not twice. The moments vanishing like mice and when it comes to me, I wouldn't let it pass by me with the twinkling of an eye. So as i can say that, it's time for me to grab it. Banyak benda buat aku terlepas pandang. Apa yang aku buat dulu, pejamkan mata, dan lalui ja jalan tu. Sebab aku tak sedar, setiap lorong2 sampah yang aku lalui tu..sebenarnya still ada bunga2 yang masih tumbuh mekar cantik. So, daripada aku benci life idup aku yang dulu..ada baiknya aku grab balik opportunities yang Tuhan nak bagi. Ada baiknya aku ikhlas menerima takdir yang tuhan dah letak dalam hikayat idup aku. Ada indahnya aku jadikan semua benda negative tu satu jalan untuk aku letak tar agar jalan yang aku lalu lepas ni lebih baik. Bukan sebagai satu titik noktah hitam dalam hidup aku. Yup..bak kata orang Terengganu...dulu, lening, kekgi...or in other words yang biasa dah kita dengar cuma tak pernah nak amalkan.

Semalam adalah sejarah,
Hari ni adalah kenyataan,
Esok adalah impian.



There was an error in this gadget