Labels

Pages

Monday, January 31, 2011

If one day I lose u.

Aku tertarik pada satu blog. Lalu aku tertarik pada satu komen. Yang buat aku terpegun, and alwayz keep remind me to be tough...it's ok...and calm.

"kau yg x mampu kumiliki secara mutlak, kau yg x mampu kumiliki sbg hak namun kau akan tetap kucintai tanpa talak"

Membuatkan aku sedar untuk terus menegakkan kata hati agar tidak terus mengalah seandainya Tuhan meletakkan jodoh itu jauh dari orang yang kita sayang. Kalau kita tengok love story kebanyakkannya meletakkan hepi ending itu di hujung jalan cerita. Hepi ending tu, tak semestinya kita terus bersama dengan orang yang kita sayang. Kalau kau putus ditengah jalan pun, tak semestinya cerita tu bad ending dan tak sepatutnya hepi ending tu dinilai dengan kasih yang bertaut antara dua insan.  Hepi ending tu sendiri sepatutnya lahir dari hati kita sendiri. Ada ja jalan cerita yang bila lover dia mati pun, kasih dia tu tak pernah putus. Hakikatnya, kat sana nanti baru akan dinilai sejauhmana kasih kita tu. 

Kalau suatu hari nanti kau takda jodoh sekali pun, tak semestinya rasa kasih kau kat dia tu pun kau kena buang. Biarlah dia buang rasa kasih dia kat kau. Yang penting Tuhan tau, kasihnya kau kat dia. Macam kata ayat kat atas. Cinta tanpa talak, sampai bila2 pun kau ada hak untuk ada rasa kasih tu kat dia. Macam tu baru hepi ending dalam erti kata sebenar. Kita sayang seseorang tu, dan kalau kita tengok dia lebih bahagia dengan orang lain. Perlu ka kita halang dia? Perlu ka kita tutup mata dia? Perlu ka kita paksa bahagia dengan kita? There's is da way to make them hepi. Macam anak kucing..Kalau kita kurung dia dalam sangkar, bahagia ka dia walaupun kita belai bagai..makan semua kita tanggung. Biar la dia bebas, kita tengok pulak mana arah tuju dia. Kalau akhirnya dia patah balik carik kita. Kita bahagiakan lah dia. Tapi kalau dia jumpa sesuatu yang lebih indah dimata dia. Biarlah...cukuplah hati kita kata..sayang...cinta semua tu..Sedarkanlah diri kita yang Tuhan Maha Melihat. Mengalah lebih baik dari melawan...takdir tuhan beb...sapa kita nak melawan. Everytime u feel afraid, hold it tighter tu ur fate. Kalau dulu aku leka...aku mempertikaikan, kenapa la Tuhan sanggup buat aku macam ni...aku benci dengan diri aku sendiri..tapi aku berjaya muhasabah diri aku balik. Sesekali kita akan rasa down balik..but sumtimes kita akan rasa ok bila kita lepak kejap. and ingat yang bukan kita ja terpaksa hadapi semua tu. Mungkin kita tak sekuat yang lain, tapi sikit2 mungkin boleh untuk kita kuat tempuh untuk hari esok. Kalau rasa nak menangis...menangis lah..bukan kita perlu bayar pun. Tangisan tu sepatutnya lahir atas dasar simpati pada diri sendiri..Bukan marah...yang penting redha..insyallah..aku pun bukan sekuat yang disangka..tapi macam ayat yang aku suka tu la. Membuatkan aku tak berani berharap, tapi tetap akan terus meletakkan hati ni setinggi2nya. Supaya, sekurang2nya..aku dapat jugak rasa erti kebahagiaan tu..walaupun jika Tuhan tentukan hepi aku tu untuk seketika ja..Semoga dikuatkan rasa hati..rasa kasih...rasa sayang..rasa cinta..pada mereka yang kita sayang..

3 comments:

  1. Ya..aku setuju sangat2 ngan hg..aku pun ada gak tulis entri pasai benda ni..tapi hg tau la aku punya ayat camna kan..hahahahhaha...

    Kalau takdak jodoh dengan orang yg kita syg tak bermaksud dah takdak orang lain untuk kita..tuhan dah tentukan jodoh sebaiknya utk kita..Kalau bercinta..berdoa la dia jodoh kita..kalau tak..redha jela..

    Cikgu adik aku...bercinta 10 tahun..kahwin sebulan terus cerai..sebab apa?memang takdak jodoh antara depa..Last2 dia dapat jodoh yang lebih baik..

    ReplyDelete
  2. tu la yg aku cukup tkut..kawan lama2..ending dia kejap ja...pergh..aduyai..tpi tu la kan...dah takdir..nk fight mcm mna lagi dah..redha la ja...haha..mmg aa..entry hg suka buat aku gelak memanjang...smpai mulut aku ni bila aku ukur balik dah tambah 5 cm..haha

    ReplyDelete
  3. aku suka entri ni ween..kita mnanges bukan kerana khilangan seseorang tp kerana simpati pada dri sndri..then bila wjud simpati pd diri kita akan rasa lg bsemngat dan punya kkuatan untuk tidak bersimpati pada nseb kita...khilngan juga merupakan suatu anugerah supaya ada cerita lain yang lagi sempurna..

    ReplyDelete