Labels

Pages

Wednesday, April 20, 2011

He's out there looking for her.

Based on the true story.

Name, didn't mention ok. Lets call him Zack. Zack ada sorang awek nama Zana yang sememangnye taste dia. Everthing about them was fun and happiness. Hubungan diorang memang dikagumi ramai la. Onedays his exgurlfren nama Zati amik tindakan drastik dengan mengorat hati mak bapak si Zack tanpa pengetahuan beliau. Sedang si Zack bercuti bersama Zana. Panggilan telefon dari kampung..tut..tut..tut...tertera nama mak si Zack nama Mak Limah (bukan cerita hantu kak limah balik kampung ye).

Mak Limah bercakap dengan nada yang serius," Zack, mak ngan abah dah masuk meminang Zati. Kira dah bertunang terus, 2 bln lagi Zack kawin ngan Zati."..Zack terdiam...dalam hati dia..what the hell?!!Dia buntu, namun dia tak explain lagi perkara sebenar kat Zana. Zack tekad balik kampung untuk selesaikan semua kebuntuan tu. 

Di kampung, Zack explain pada mak dan daddy dia yang dia dah ada Zana dan dia tak mau kawin ngan Zati. Mak abah dia terdiam. Dalam hati dia, hahh..lega...settle satu masalah. Oneday, daddy si Zack suruh buat loan konon nak settle masalah kewangan keluarga. Zack yang mendengar kata ni pun buat la loan. Last2, mak abah dia cakap, 

"semua perbelanjaan kenduri dah settle. Mak dan Zati dah call si Zana dan explain pasal ni. Dia pun dah boleh terima. Kau jangan nak pegi carik dia"...

Si Zack gelabah bewak. Apekah??terasa nak pitam seluruh badan. Lalu dia menelefon Zana...tiada jawapan....Zack bergegas ke rumah orang tua Zana...daddy Zana pun explain kat Zack dengan tutur kata yang baik,

"Zack, Zana tak da kat rumah. Pasal benda tu, takyah la diungkit2 lagi. Benda yang lepas biar lah lepas. Jodoh tu di tangan Tuhan. Zack kena teruskan hajat family Zack tu. Mereka nak yang terbaik buat Zack"...

Zack keliru...Sejak hari itu, tiada lagi khabar berita Zana...Zana hilang entah ke mana. Perkahwinan diteruskan jua. Zack cuba menerima takdirnya. Di jaga Zati dengan sebaiknya. Kini sudah memiliki dua orang cahaya mata. Kakak dan adik lelaki. Namun tidak seperti yang dilihat. Bahagia diluar, retak didalam (pergh...macam pasu bunga plak). Sudah 2 tahun Zack tidur diluar tanpa menyentuh Zati sebagai isterinya. Zack sudah cuba menerima, tetapi layanan dari Zati sangat merobek hatinya. Zati sering kali mempergunakan anak2nya sebagai kelemahan Zack. Segala kesusahan Zack, tidak Zati pedulik..(ayat, "ada aku kisah")...Lalu Zack semakin tertekan. Kini jalan yang diperolehi adalah dengan mengambil segala macam pil untuk ketenangan. Punya awek yang sering ingin mendampinginya kerana Zack punya kelebihan memiliki wajah yang menarik. Namun hatinya tetap kosong. Walaupun pelbagai kegembiraan yang diperolehi, tetap jiwanya..tersiksa..chewah..Di hati Zack, masih tertulis ZANA. ZANA. ZANA. ZANA....

Zack berubah sedikit apabila memiliki sahabat yang sedia mendengar. Walaupun kini dia punya seorang sahabat yang menjadi tempat beliau bercerita, namun dia seharusnya sedar...tidak selamanya begitu. Zack seharusnya tabah dalam dugaannya. Mencari ketenangan dalam bentuk yang lebih afdal. Menjadikan Allah sebagai tempat luahan hati yang hakiki. Dia Maha Mendengar. Sahabatnya itu sering kali sedih melihat keadaannya. Takut melihat dirinya tersilap langkah. Dan sering berdoa agar Zack berubah menjadi yang terbaik..Aminn....

4 comments:

  1. zana terus mhilangkan diri...pastu xtaw pa jadik...

    ReplyDelete
  2. ni mesti si Zack ni kawan baik hang..
    kan3

    ReplyDelete
  3. eh...eh..terernya hang..hak..hak..hak...cmna hg taw..hak..hak

    ReplyDelete