Labels

Pages

Tuesday, September 21, 2010

Bas

Bas yang aku pernah naik mengikut ranking.

1st : Bas sp Bumi.
2st : Bas Tasik kenyir.
3rd: Bas SANI
4th : Bas Atieza
5th : Bas Shamisha Holidays

1st


1st place dpt kt sp Bumi sebab, bas ni slalu penuhi hasrat aku, walaupun pernah bermasalah tapi tetap diorang boleh settle dengan baik. I loike it. Kebanyakan tiket yang aku kumpul, semua tiket sp bumi.Haha..tu la dapat ranking pertama. Walaupun org yg jaga kaunter kt tganu cam hampeh. Tapi servis dia ok. Org kaunter kat perlis baik. Masa aku dapat tempat sebelah lelaki, conductor bas tu suwuh laki tu tukar tempat. Alhamdulillah...Pastu, pernah aku dapat seat single bas VIP..tapi memandangkan tak ramai yang naik bas masa tu, conducter bas tu cakap, dok je mana2..haha...aku amik la seat VIP yang doublenye..selesa siottt...Besh la servis dia..

2nd

2nd place, Bas tasik kenyir ni tak banyak. Tapi yang besh tu..drebar bas tu baik. Sangat berbudi bahasa. Kalau dia tanya orang pun, elok2 je. Jaga percakapan. Cam menghormati pelanggan la. Servis pun ok.

3rd

3rd place, SANI express ni kira ok la. Jatuh tempat ke 3 sebab, pernah sekali tu...seat depan aku bawak anak. Dia bagi anak dia minum susu kotak sebelum naik bas. Pastu dia biar budak tu berlari sana sini. Last2, masa budak tu penin, dia balik la kat tempat family dia. Sekali tu...Buweekkkkk....dia muntak sampai ke belakang. Mujur tak kena aku, tapi kena kasut beliau. Haha...Beliau sedikit hangin. Bila bapak budak tu tengok je, tak mintk maaf pun. Lama kelamaan bau muntah dah menyusur masuk ke lobang idung. Bertambah bengang beliau diketika itu. 

4th
4th place, bas Atieza ni, sekali je aku naik. Tu pun masa tahun satu kat UMT sebab aku silap beli tiket kat sp bumi pada tarikh yang berlainan. Nangis aku masa tu, sebab bila nak beli tiket baru nak balik cuti sem dah abih. Aku ngan beliau la bertungkus lumus cari sana sini. Last2 jumpa gak, kat kaunter atieza. Seronokkk...Drebar bas tu muda lagi, tapi jatuh ranking keempat sebab, masa ada laki dok sebelah aku, diorang tak tolong tukar kan pun mamat tu. Diorang biar je. Mamat tu siap tidur kat bahu aku. Cissssssss...Bila tinggal aku soang kat belakang, si drebar tu siap datang bersembang ngan aku. Tanya itu ini. Dan takde gambar bas atieza sebab kaunter bas tu dah tak der. Tukar ngan SHAMISHA kot..

5th

Aku pernah banyak kali kena tipu. Pernah sekali tu, aku beli tiket VIP...mula2 tu selesa la. Sampai ja kat area jeli atas bukit tu, ada polis wat roadblock. Apa lagi, si bas SHAMISHA ni pun berenti tepi jalan then suruh tukar bas. Kelam kabut, orang lain semua dah tak pedulik. Tolak menolak berebut nak letak beg kat bas ekonomi tu. Seat double. Can you imagine. Aku la paling last ngangkut beg, sebab aku tak reti nak beradap kurang ajar untuk tolak2 orang..berebut2 nih...Nak nangis rasa masa tu. Mujur ada sorang mamat ni tolong ambilkan beg aku yang terpelosok dalam bas tu. Hensem la gak...Hahah...Tapi pastu dia tinggal aku camtu je la. Dalam bas ekonomi SHAMISHA tu, still ada penumpang lain. Kitorang yang dari VIP nih, terpaksa berhimpit masuk dalam bas tu. Masa aku nak sumbat beg dalam perut bas tu, sorang pun tak tolong. Tolong tengok je la. Beg aku tu beg roda. Jenuh gak la aku nak sumbat sebab penuh ngan beg lain. Aku tolak masuk gak. Tak pedulik. So, kalau barang2 diorang ada yang pecah, I love to say that...padan muka...Pastu bila aku naik dalam bas nak carik seat...penuhhhh gila...aku tercari2 seat kosong...Takde sorang pun nak tolong cakap kalau ade tempat seat kosong. Last2 aku nampak ada kat area belakang. Terus duduk dengan beg banyak. Penumpang lain diam...just ushar2..Ni ke dinamakan adab orang Malaysia. Dah settle..sampai je Terengganu, lepas tu..aku tobat tak nak akan sesekali naik bas SHAMISHA...pernah aku terfikir, Ya Allah...mujur tak jadi aper2 kat daddy aku sebab naik bas ni dulu masa datang jumpa aku.Alhamdullillahhh..

2 comments:

  1. tokey shamisha dok kat umah ceq..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. ahaha..adeh..yeke..kem slm dia ye. Hopefully dia ley upgrade syrkt dia..huhu

    ReplyDelete

There was an error in this gadget