Labels

Pages

Tuesday, December 28, 2010

There's a doctor who kills patient smoothhhhlyyyy!!

Kat area Penang...Hospital mana...aku tak boleh bagi taw..kalau nak taw, korang msg aku privately. Ok, it's about doktor. Dua orang doktor cina bengang dengan sorang patient melayu(cucu) ni sebab cucu ni sergah diorang dengan nada marah. Ada point jugak la patient tu marah sebab doktor tu tipu dia about doktor pakar. Kononnya diorang dah hantar file pasal datuk dia yang sakit tu kat satu lagi hospital untuk di periksa oleh pakar kat hospital tu because hospital yang dia bawak datuk dia ni takder pakar. So, they need to wait. But then, dia terus call hospital yang kononnya ada pakar tu and they said that..

"kitorang takder pakar waktu ni"..

bengang la si cucu ni...terus pegi marah doktor cina tu. Kebetulan ada lagi satu doktor cina...then, explain punya explain...si doktor ni terus tinggi suara...

"haaa..memang..memang..kami ni doktor kampung!!!"

Ok..tutup pasal kes ni..still pada malam yang sama..pastu yang nak jadik cerita tu...Ada lagi sorang pesakit melayu. Makcik tua..sesak nafas. Anak dia yang bawak gi hospital yang sama tu dan diperksa oleh dua orang doktor cina tu. You know what happen??dia cakap,

"takpe..we both can handle it"...

so, MA and staff nurse cuma tgk je la. Makcik tu pada awalnya siap boleh bersembang lagi dengan nurse yang tengah uruskan dia masa letak salur air kencing. Pastu, datang je doktor tu, dia intubate (pam udara masuk kat paru2) makcik tu. Dia tak bagi org lain tolong. Cuma 2 orang cina tu je yang sebok kat patient tu. Yang jadik masalah bila dia masukkan salur paip tu ke perut..bukan ke paru2, pastu pam bagai nak rak sampai kembung perut makcik tu. Dah macam kena busung....besarrrr...Pastu segala isi perut yang makcik tu makan semua masuk ke tempat pam tu..cam kena sedut la. Seksa gila. Semua yang tengok tak berani kata apa. Ada la MA yang tegur kata..

"ey...silap tu..tak masuk..tak masuk"...

tapi doktor tu buat tak taw je. Then, nadi makcik tu berhenti. Diorang buat CPR plak..selalunya kalau sorang buat CPR dua tiga kali tak jadi..diorang akan mintak tolong MA plak buat..but lepas buat CPR 2 kali je..terus...

"comfirm death"....

semua orang terkejut...MA..staff nurse...praktikel nurse...semua blame doktor tu..and they said..DOKTOR PEMBUNUH..

Takde sape berani amik tindakan sebab takut effect keje because majoriti yang keje kat situ..chinese..2 orang je doktor melayu..menangis anak makcik tu sebab dia pun tak jangka mak dia akan meninggal...memang la dah ajal...tapi cara dia meninggal tu..so, tragis..mende ni blaku baru 3 malam lepas...and i was scared nak pegi hospital lagi..

Pastu, mana2 pesakit yang patut masuk ICU semua...doktor cina tu tak bagi..just bagi ubat and suruh balik rumah. But kalau ada pesakit cina yang hanya terguris luka sikit kat tangan, siap bagi MC 3 hari....so, fikir2kan lah...the best way to orang melayu..belajar bahasa manderin and kantonis..so, that kita faham apa pun diorang cakap. ok..have nice day...

Thursday, December 23, 2010

the nenda

Tersebutlah kisah dua orang nenda ku yang tercinta. Ni je lah nenda yang aku ada. Tokwan aku kedua2nya dah arwah. Semoga ditempat mereka bersama orang2 yang beriman. 

nenda sebelah abah aku..
Ya..nama beliau Salmah...aku panggil 'tok ah'. Dah banyak kali keluar masuk hospital, dan beliau sangat suka makan ubat2 hospital or klinik. Sekali makan, mau dalam 10 bijik gak kot. Kita power la mampu makan ubat sebanyak itu nak berbanding aku yang walaupun sebutir, takkan ku lalu makan. Dulu aku selalu gak teman dia kat hospital. Nak harapkan sepupu2 aku..hampeh. Pernah masa aku jaga dia, pergh..rasa sebakkk..nak nangis...Mohon supaya beliau kuat. 

nenda sebelah mak aku...

Haa..untuk pengetahuan semua. Nenda ni la yang selalu jaga aku dari kecikkkk...sampai la aku besar dabak camni. Nama beliau Che Puteh..tapi aku panggil dia Tok teh. Kalau nak tengok masa dia bela aku time kecik dulu ada dalam label way I'm growing up. Carik lah kat atas tu. Haa...tok aku ni selalu letak minyak zaitun kat rambut aku sebelum aku bangun tidur untuk pegi sekolah. Rambut aku dulu..panjaaaaannnnnnnggggg sampai bawah punggung. Nanti aku carik gambar lama2 time rambut aku panjanggggggggggggg......haha..Ya, bila aku balik sekolah, selalu tok aku yang suap nasik sampai la aku sekolah menengah..haha. Nasik feveret aku dulu, telur mata kerbau dengan nasik..campur kicap sikit...pergh!! sedap. Cekodok (cucur kodok/ jemput2) paling tok aku suka buat. Senang cerita, dengan tok teh ni je lah aku berkepit. Tapi sekarang, beliau dah tak kuat lagi. Kalau dulu dia tak bagi aku tolong dia buat kerja, sekarang....beliau nak angkat pinggan pun dah tak larat. Beliau dok serumah ngan mak n daddy aku. So, ujung2 minggu bila aku balik...mesti aku terdengar beliau sakit2...sekarang, aku yang tolong buatkan nasik untuk beliau...sekarang..aku yang tolong urut2 beliau dari kepala sampai kaki...pernah beliau ngerang sakit, aku tak taw nak buat macam mana..hospital taknak pegi...payah makan ubat..alih2 aku urut je lah dada beliau..belakang beliau...menangis aku time tu...dan beliau cepat gelisah...daddy aku cakap..gelisah adalah salah satu tanda2...uuu...sob..sob...tok teh...please...be tough !! demi cucumu...tunggu la tengok daku naik pelamin dulu..tunggu la cicit mu (anakku) membesar dalam 4 orang dulu..tunggu la daku pergi dulu..

Wednesday, December 22, 2010

Duit projek 170

Aku pelik betul la dengan Mardi ni...Diulangi Mardi Seberang Perai yer. Hokaayyy..aku pegi jumpa bos tadi, tanya pasal orang kerja untuk projek hibrid ni. Duit badjet 170 tu, duit untuk projek hibrid la tapi disalahgunakan untuk projek lain. I guess la. Sebab can u imagine, orang keje projek hibrid sorang pun takde buruh. 4 orang nak settle satu projek besar2 ni gila2 punya. Tapi bila aku mintak gajikan orang kerja, bos aku bole cakap..siap nada marah aku lagi..

"Hey..u tak taw ke kita sekarang ni takde duit. Duit projek hibrid tu dah takde duit.Macam mana nak bayar gaji pekerja lagi."

Lepas tu aku dengar dia cakap dengan seseorang, 

"Untuk bayar pekerja (projek lain...bukan hibrid..diulangi..bukan hibrid) kita guna duit 170"...shit..shit..shit...

Pebende nih...cakap takde duit, tapi gi bayar pekerja untuk projek lain...shit like hell....aku pelik...aku pelik...pelikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...!!!

Monday, December 20, 2010

my little sweetheart

Orang kata, budak yang aktif, suka buat hal, menyakitkan hati, melawan cakap kita and macam2 lagi jenayah kanak2 ni, sebenarnya bijak...betul ke? Mungkin diorang bijak, hakikatnya dalam bab ilmu tu sangat malas. Sebab tu mengong sikit. Ada sorang anak sedara aku ni umur 8 tahun. Bila aku tegur, dia cakap.....

"Hanya mama ngan daddy saya ja boleh tegur saya"...'wtf'...

Astu, sebelum ni memang susah aku nak naik tangan kat budak2 kecik. Sekarang, dah berapa kali tangan aku naik. Bila aku buat, jauh disudut hati aku rasa serba salah yang teramat. Betul ke tindakan aku. Dah kalau korang nampak tiba2 dia dok tumbuk adik dia yang umur 3 tahun sekadar suka2..then bila korang tegur banyak kali "jangan buat" ...dia buat bodo...5 kali tegur pun tak pedulik lagi...last2 tu je lah..aku bagi tambang pi balik. Degil tahap apa pun tak taw. 

Aku pernah jaga sorang budak dulu..Tak da la sedegil anak sedara aku tu. Aku jaga dari baby..sekarang dah masuk 6 tahun. Memang dia degil, tapi bila aku suruh, dia akan ikut. Dengar cakap aku. Kalau dia tau aku marah, mesti dia buat loyar buruk, tak pun menyendeng  kat aku konon nak manja2..last2 tak jadi marah...terus tergelak aku. Fuh...cool terus jiwa aku. My feveret budak, Mohd. Ilham Faris.Aku panggil dia 'adik'..tapi kadang2 dia bahasakan diri dia 'Yam'. Paling..paling..paling..paling aku sayang dan senang bela. Jap aku upload gambar dia..
11 bulan
suka menyanyi (2 1/2 tahun)
letih menyanyi, jln2 kt padang besar..akhirnya tidur dlm dakapan ku..
nak masuk 4 tahun..
dah 5 tahun..gambar last..dengan anak sepupu aku.
Pernah anak sepupu aku nak tibai pukul dia dengan penyangkut baju, apa lagi..aku terus buat terjun tiruk semata2 nak hadang daripada kena dia. Pergh!!berbirat badan aku sebelah. Pantang betul kalau ada orang cuba nak pukul dia. Hish...aku bagi cubitan teras dalam bumi kat anak sepupu aku diam2..haha...

Pernah si Yam ni nangis sampai sengkak...masa dia nampak aku naik kereta sebab nak balik Terengganu sebab cuti sem aku dah abih...time tu, aku terpaksa tipu konon nak pegi jalan2..walhal, hantar dia balik rumah mak dia. Masa mak dia dukung tu la aku cepat2 masuk dalam kereta dan nampak dia nangis sambil tangan hulur kat aku..huhu..shahdu sungguh...rindunya...lama aku tak jumpa dia...huk..hukk..

Wednesday, December 15, 2010

Mimpi jahat.

Semalam aku termimpi. Mula2 tu mimpi tu part perang ramai (10 org kot) dengan zombi. Dalam masa yang sama sweetheart aku ada la. Dah settle banteras zombi kat satu kawasan, so berehat2 la. Tengah berehat2 tu, sweetheart aku panggil.

sweetheart: sayang..sini jap (aku pun tergedik2 lari pegi kat dia dengan riang dan gumbira)

aku: hehe..ye abang...ade ape? (tersengih2 aku cam kerang busuk..tapi wajahnya serius)

sweetheart: sebenarnya..abang nak bagitaw something. ( sambil mintak aku duduk kat sebelah dia. Aku pun duduk sambil tatap wajah dia yang nampak serba salah tu). Abang rasa...abang dah tak bole go on lagi dah dengan sayang. (tanpa tatap wajah aku..aku tercengang..senyuman tadi yang girang dah mula luntur)

aku: Betul ke ni..abang dah tawar hati ngan sayang??(air mata mula bergenang)

sweetheart: Ha'ah..sayang dah tak da tempat kat hati abang..abang mintak maaf. ( Aku terus melutut mengadap dia sambil merayu2..air mata tu tak tau nak kata la)

aku: Abanggg....ishk..ishk...sayang mintak maaf andai sayang banyak kekurangan. Sayang mungkin tak boleh paksa abang. Tapi tak boleh ke abang cuba??abang tak sayang, sayang ke...tolong lah..sayang merayu...ishk..ishk..(meraung2 aku time tu...)

abang: sayang tu ada..tapi untuk teman hidup tu..dah tak boleh..abang mintak maaf.(dia tunduk)

aku: Andai itu yang boleh membahagiakan abang..apa lagi yang sayang mampu buat..sayang redha..halalkan segalanya dan maaf jika diri ini tidak sempurna dimata abang. (aku pun berlalu pergi sambil nangis2)

Tiba2...aku trjaga..pipi aku basah..tertanya2 aku..cam real plak. Risau pulak rasa kalau housemate aku dengar aku ngigau ke. Dah la tidur kat ruang tamu..confirm orang boleh dengar..Hilang mood aku seharian. Ni tengah taip ni pun air mata dok bergenang. Adess...sadis sungguh riwayat mimpi aku tu. Dan tetiba aku terfikir sejenak. Ayat yang tak pernah lekang dari kotak pikiran aku..

"Sebagai perempuan..kita tidak layak mencintai..tidak layak memilih..malahan tidak layak memaksa siapa2 menerima cinta kita. Hanya lah sekadar layak dicintai...dan menerima seadanya..."

Huh..my godness...Jangan jadikan mimpi ini satu realiti...please...Cukuplah 2 kali aku terkandas dan ditinggalkan. Tapi mohon....bukan yang ini. Kukuhkanlah cinta kami..ikatkan jodoh kami..aminnn....

Dulu, aku pernah kumpulkan kekuatan..seandainya aku ditinggalkan. Tapi beliau bagi aku semangat, dan suruh aku buang kekuatan itu demi beliau. Aku dah pun buang..memang tak dak langsung kekuatan untuk itu. Jadi ku mohon pada Mu tuhan..tolong jangan diambil kebahagiaan itu...jangan biarkan aku terjatuhhhhh jauh kedalam jurang keseorangan..kesedihan...dan kegelapan...aminnn....

Thursday, December 9, 2010

Orang Minyak kat kolej??


Seingat aku feeling berdepan dengan kes orang minyak ni masa aku kat matrikulasi perlis between tahun 2004/2005...lebih kurang la. Aku pun dengar khabar2 ja. Ada yang siap ngaku, esok pepagi bangun cuma bantal je dok atas badan dia and she was totally naked. That's what she said la. Believed it or not?? Entah la. Tapi, takkan la dia saja2 nak bukak pekung ye tak. Cerita ni berlarutan sampai seminggu gak la pastu tiap2 malam felo buat rondaan check setiap blok. Blok pompuan la yang paling kena kawal teruk pun sebab orang minyak ni carik orang pompuan. Takkan dia nak rogol bebudak laki kot. Kiranya itu terjadi, maka gay la orang minyak tu. Budusss...

Pastu tahun berikutnya, aku kena repeat lagi kat matrikulasi tu disebabkan kebodohan aku sendiri la. Ada la sorang kawan aku ni, dia selalu kena tangkap dengan Penolong kanan matrik aku tu. Incharge bahagian disiplin la. Si penolong kanan tu la cerita kes orang minyak yang berlaku setahun dulu. Dia cakap, ada orang ngadu nampak orang minyak kat bilik tutorial. Ape lagi, ustaz ngan penolong kanan tu with guard matrik pun bergegas naik ke bilik tutorial. Dan diorang nampak tingkap bilik tu tutup sendiri. Tapi room tu gelap gulitaaa..perlahan...lahan...mereka melangkahhhh....tup..tap..tup..tap...jantung pun turut sama berdegup kencang.....dup dap..dup...dap..dup...dap...pastu guard terus bukak pintu dan lampu...sekali gus ustaz pun cepat2 tadah tangan konon2 nak tangkap orang minyak tu la. Tetiba...diaorang nampak..jeng..jeng..jengg.....dua orang kapel berbogel..haha..pompuan ngan laki...sapa pun aku tak taw la. Penolong kanan tu cerita dia sempat la tengok 5 minit..haha...Adeh la....Sempat lagi tu incik penolong kanan...haishhh...

Setahun je kat situ wei...cepatnya la haih serah barang...budak2 la katakan..basuh kencing berak pun tak abih lagi...haish..jadikan pedoman ye kengkawan...

Tuesday, December 7, 2010

CInta dan anugerah

Tiap2 hari bila aku balik ja kerja, aku bukak la cerita ni. Tapi bila agak2 cerita ni cam dah melalut..meluat pulak..pastu aku tinggal la dalam beberapa minggu. Lepas tu agak2 aku nak tengok, aku bukak la balik. Dari awal lagi, aku memang tak suka si Aira tu. Bajet baik..bagus..menyampah...!!!haha...Aku suka si Nabila tu..rilek ja...Sayangkan family dia..Si Aira tu siap buruk sangka kat si Nabila...dah kawin tu, buat la cara kawin..pi dok kacau rumah tangga si Cyntia tu buat apa..


Walaupun mula2 tu, si cyntia tu pun jahat jugak. Tapi sebenarnya..jahat kat mulut ja. Hati dia baik. aku suka dia dan nabila dalam cerita ni. si cyntia tu setia gilaaaa...nak jugak kat si avian tu...Dia garang and jahat sebab nak protect si avian tu. Sebab dia cinta separuh mati kat si avian..Lagipun, dia selalu tak putus asa..usaha pi carik si Avian tu walaupun dia tau si avian tu lari dengan Aira hampeh tu...cian si Cyntia...last2 avian nak mati..baru la avian ngaku dia cinta gila kat Cyntia..haish....Si Aira tu layan cam hampeh kat laki dia si Reza( ashraf sinclair)...huhu...last2..nabila la paling rilek skali...huhu

Monday, December 6, 2010

Ayat2 tersempit dan tersepit..

Pernah dengar tak ayat camni…

“ Semua tu dunia..dunia..dunia..aku nak akhirat”

Betul, semua orang nak yang akhirat. Tapi untuk amik saham akhirat tu, dunia kena focus dulu kan??Bukan ke kerja itu suatu ibadah. Kau focus ngaji Al-Quran sampai kau mati pun, kalau orang sekeliling semua kau tak amik pedulik…tambah pulak kalau yang ada family…berdakwah sana sini tapi kebajikan family terbiar..lulus ke saham akhirat kau tu??

“Aku tak suka makanan barat itu ini..no KFC”


Betul, dulu KFC dimanipulasikan oleh orang barat. Product were from out there to sacrifice orang-orang seagama kita..saudara kita. Tapi, kau kena update isu tu..KFC dah bertapak berapa dah kat Malaysia??Dah berabad rasanya…Dan untuk pengetahuan kau, there’s no more product from there. Malaysia sekarang dah mampu berdiri di kaki sendiri. KFC dah jadi makanan major kat Malaysia. So, negara kita yang tengah aman ni dah boleh produce rempah ratus tu sendiri…Jadi, tak perlu la kot kau nak biar air liur kau meleleh tengok orang lain makan..

"Colgate tak halal..pakai ubat gigi lain..mukmin ke..ape-ape je berlandaskan Islam"


Betul, semua barangan kena guna yang halal. Tapi betul ke colgate tak halal??mana kau tahu??siap cakap yang sesetengah pencuci muka letak bulu pubis wanita lagi haa...Kalau kau tak ada bukti, jangan cakap. Takut nanti, jatuh pada fitnah...Dosa kan..kan..kan. Colgate ada flourida yang untuk protect gigi kita. Ada sesetengah ubat gigi yang agak2 islamic tak ada flourida. Bukan ke bahaya tu? Kita diwajibkan jaga kesihatan tubuh badan kita. Kalau dah sebelah kanan tu buah dan sebelah kiri tu nasik basi..mana kau pilih???lu pikir la sendiri..

“Aku tak nak bercinta..semua tu lagha..lagha…”

Betul, kalau dah menjurus ke tempat yang tak sepatutnya. Tapi pernah tak kau dengar yang Rasul kita sendiri pun cintakan umatnya?? Beliau sendiri pun cintakan isterinya sendiri. Beliau juga cintakan Allah s.w.t. Beliau sendiri pernah kata, “barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkahwinan..maka bukan lagi umatnya”..paham tak bertapa pentingnya cinta…Tak perlu la kau kata kononnya nak kejar cinta dari Tuhan ja. Mencintai antara sesama manusia lain pun suatu ibadah jugak kan menunjukkan cinta kita pada Tuhan. Adakah kau fikir isteri tu kilang buat anak ja?? Tak perlu ada rasa cinta ka pada seorang isteri??

“ Orang pompuan tak sepatutnya belajar seni pertahanan diri..sebab nanti akan mengubah perwatakan kita sebagai perempuan”


Betul, sedikit sebanyak mengubah perwatakan kita jika kita terlampau focus menjadikan ia sebahagian dari hidup kita. Tapi pernah tak kau dengar yang Rasul kita sendiri menasihatkan umatnya bahawa orang perempuan disunatkan pandai berenang? Takkan kalau ada orang jahat menyerang, kita just nak merayu..”tolong..jangan apa-apakan saya” tidak kah itu satu tindakan bodoh lagi bangang?? Sebab adanya pemikiran yang macam ni la kita sebagai orang perempuan selalu ditindas. Zaman dulu sampai bunuh anak perempuan…lemahhh…

Isu tudung, aku tak berani nak mempertikaikan..tapi aku kompius sikit..Kau paksa that girl tu pakai tudung camna pun, kalau niat hati dia kata tak nak…sah ke?? Kalau kita tengok dari sudut solat pulak,  kalau niat kau tak betul..solat kau tu sendiri pun tak sah kan? Ok..kita tengok pulak dari sudut berpuasa..kita di wajibkan berniat dahulu sebelum berpuasa esok hari..kalau kita terlupa niat..puasa kita is nothing kan..

Ni semua berdasarkan pernilaian aku sendiri..yang lain2..terpulanglah kepada kalian sendiri..renung2kan..yang mana terbaik untuk kita tuju…usah disempitkan diri dengan semua ungkapan. Terima yang baik..buang yang tak baik…Ingat.. Islam tidak menyusahkan hambanya.. Segalanya, ada jalan penyelesaian…Islam itu, indahhh…

Friday, December 3, 2010

Hukum karma.

Manusia tak boleh nak koyak buang dari sikap iri hati, tamak, selfish, dendam, benci, marah dan segala macam benda api dalam diri tu. Kau ngaku kau bukan seorang yang memiliki salah satu daripada tu, tapi kenapa kadang kau hamburkan juga amarah tu. Kau kata kau bukan pendendam, hakikatnya kau sendiri taw dalam hati kau tu macam mana. Sebaik-baik manusia yang tak ada langsung sikap api tu adalah Rasul kita sendiri. Kau??

*kau= umum..bukan spesifik pada orang. Jangan salah paham ye. Lempang kang..

Aku?? Aku tak kata aku baik..aku tak kata aku jahat. Sebab aku tak tau tahap mana level aku di mata orang. Mungkin jauh lebih jahat, mungkin jauh lebih baik..Wallahu’alam. Setiap manusia dah tertulis kiri dan kanan masing-masing. Tahap mana level tu, kau ushar sendiri masa kat padang mahsyar nanti. Seseorang yang betul-betul baik, takkan  mungkin dia ngaku dirinya baik. Sama la dengan orang gila, ada tak dia ngaku dia tu gila?

Takkan bila time kau tengah redha, kau dah ngaku kau baik? Bila tiba masa kau tengah diuji, baru la kau keluarkan amarah kau, tapi still kau ngaku diri kau baik. Haish. Kau sedang menegakkan benang yang basah la. Kau tak rasa ke seseorang yang life dia hancusss kerana kau kini dah balik kat kau? Tuhan nak tunjuk langit tu tinggi ke rendah, sekejap aje. Itu lah namanya karma kehidupan. Sesuatu yang kita buat, akan patah balik kat kita. Kau henyak2 dia sampai lumat, gerenti ada orang lain akan henyak2 kau balik. Persoalannya..adakah 2 kali ganda lebih teruk??Kau suka menilai orang, tapi kau tak sedar 10 orang lagi sedang menilai kau. Benda ni semua akan berbalik. Cuma kita tak tahu bila??dimana??sebab??cara??bagaimana??...

Kalau suatu ketika dulu kau bertepuk tangan tengok kejatuhan seseorang, tak mustahil hukum karma pulak akan buat orang lain bertepuk tangan tengok kejatuhan kau. Walaupun kau dah mintak maaf..kau dah insaf…semua yang kau dah buat takkan lepaskan kau cam tu je. Sikit2 kena jugak bagi, kasi lebih bebal untuk kau fikirkan apa yang kau dah buat masa hayat lalu. Walaupun kadang kau cuba lupakan, tepuk dada tanya selera…betul ke kau dah lupakan?? Selagi kau masih libatkan kesilapan orang masa lalu, selagi itu hukum karma takkan lepaskan kau untuk hukum kau setiap inci kesilapan hati yang kau dah buat….jadi, perlukah kita keep expose pasal hayat orang lepas demi hayat kita yang kini??Sedangkan kau keep telling everyone yang hayat orang yang buruk tu berjaya buat kau bahagia dihayat baru kau kini?? Ketuk pintu hati kau, tanya..adakah kau sedang bahagia selepas kau gembira tengok tangisan orang lain??

* wow..pandainya aku tulis karangan camni. Kan ke bagus kalau SPM dulu aku boleh tulis ayat panjang2 camni…

* muhasabah lah diri anda..adakah anda tergolong dalam golongan itu??

Thursday, December 2, 2010

Pak Lebai...

Ni kisah pak lebai yang keja dia bayar gaji kat aku. Sekarang ni bila setiap kali aku nampak dia, aku rasa nak muntah. Benci sangat ke aku kat dia? Erk..Ya Allah. Ampunkan hamba Mu ini. Bermula la sebuah kisah dimana penambahan perasaan annoying dalam diri aku bertambah bila aku nampak muka dia. Aku pegi bilik dia sebab nak mintak tanda tangan perlepasan untuk keluar time keja sebab nak kena bawak si Yu Can (student from China) pegi shopping. Terpaksa hookayyy!!!..

Aku ketuk pintu bilik dia…DUM…DUM..DUM…

Aku: Assalammualaikum..can I come in??

Pak Lebai: Wa’alaikummslm..ya..ya..masuk..

Perlahan ja aku tengok dia amik cop sambil tu dia keluarkan satu topic berbunyik begini…

Pak Lebai: So, Aween…bila nak kenduri?

Aku: Insyallah..ada jodoh nanti, ada la.

Pak Lebai: Tak yah lama-lama. Zaman sekarang ni anak muda lain macam sikit. Ye lah, internet di hujung jari…(aku hanya mengangguk)…Saya bukan apa?? Saya ngaku saya ni pun bukan la baik sangat. Kadang2 saya bukak email, ada ja lah email gambaq2 tak elok dok tunjuk hak orang. Kita ni, bila dah tunjuk hak orang punya..takkan tak mau tengok..Bukan saya nak tengok..tapi biasa lah, saya laki..tengok lah..budak2 sekarang pun kalau tengok..mula la lepas tu, basah bawah tu..(sambil dia tersengih2)

Erk…what is that means by TUNJUK HAK ORANG PUNYA & BASAH BAWAH TU???...sambung dia lagi

Pak Lebai: Orang pompuan zaman la ni, dok pakai tudung nampak dada. Laki dok tengok mesti la terliuq..(aku pun tarik pelan2 tudung tu sikit)..

Aku cakap dalam hati ‘kejadahnya orang tua ni gayut ni..persetan..cepat aa cop menda alah tu..shit’..

Pastu dia cakap pulak orang laki muda kawin dengan orang perempuan tua.

Pak Lebai: Saya lagi tambah pelik, apa ada pada pompuan umoq 75 tahun???Mana ada apa dah..longgaqqq…Macam mana la si laki umoq 23 tahun tu boleh kawin dengan pompuan cam tu..feel tang mana??(dalam hati aku ‘ hoi orang tua..kau tu pakai lebai..takkan kau tak boleh terima jodoh dari tuhan’)

Pastu dia sembang pulak pasal bapak sedara dia yang bela hantu raya.

Pak Lebai: Mak sedara saya tu, sampai hari2 kena puaskan nafsu bapak sedara saya tu sampai dah kurus dah dia. Ye lah..bateri pun kong kalau guna 24 jam. Tapi nak buat macam mana, petang buat dengan hantu raya..malam buat dengan suami sendiri..

Last2 aku yang tolong copkan..dia sign..tanpa cakap banyak…aku cabut..sok lusa kena lagi…macam mana pun aku kena mintak cop dia. Tapi aku akan cuba elak mintak cop keluar dari dia la..terpaksa la mintak bantuan orang lain.

Bukan apa..eh..hellloooo…Kau tu pak lebai…aku ni perempuannn….kau cakap macam aku ni kawan kau..kalau kawan kau sekali pun…layak ke kau cakap pasal benda2 macam ni dengan aku??Patut ke??Di tambah aku belum pun kawin lagi..sesedap rasa kau nak mencemar minda aku dengan benda mengarut camni..kau memang SOAB aaa….letaknya lebai atas kepala kau untuk ape??selindung??Ey, buat membusukkan nama pak lebai yang tak buat perkara macam ni..gila sex tul la kau..

Aku dapat info dari other pegawai pompuan lain yang dah kawin. Pak Lebai ni pun pernah cakap dengan diorang pasal breast feeding…macam mana nak dapat anak..ey..perlu ka spesifik sampai macam tu??..Dia memang gemar cakap and diskuss pasal benda2 camni. Kau lampias aje la pada bini kau tu…heee..tolong lah…Bila aku nampak kelibat dia, kompom aku cuba jauhkan diri..pernah gak dia ngata kawan aku yang tengah pregnant..so, selalu la amik cuti..

Pak Lebai: Erm..Amik cuti lagi kawan kamu tu..Biasa la…Kena buatan orang…

Wtf??BUATAN ORANG???what’s that meansss???? dia kan dah kawin...ape masalah kau..tak boleh ke kau guna bahasa yang lebih sopan sikit..dah rezeki dia nak dapat baby..hee...benci btul la pak lebai sorang ni...jangan kerana lebai, kau boleh selindung perangai buruk kau...