Labels

Pages

Thursday, December 23, 2010

the nenda

Tersebutlah kisah dua orang nenda ku yang tercinta. Ni je lah nenda yang aku ada. Tokwan aku kedua2nya dah arwah. Semoga ditempat mereka bersama orang2 yang beriman. 

nenda sebelah abah aku..
Ya..nama beliau Salmah...aku panggil 'tok ah'. Dah banyak kali keluar masuk hospital, dan beliau sangat suka makan ubat2 hospital or klinik. Sekali makan, mau dalam 10 bijik gak kot. Kita power la mampu makan ubat sebanyak itu nak berbanding aku yang walaupun sebutir, takkan ku lalu makan. Dulu aku selalu gak teman dia kat hospital. Nak harapkan sepupu2 aku..hampeh. Pernah masa aku jaga dia, pergh..rasa sebakkk..nak nangis...Mohon supaya beliau kuat. 

nenda sebelah mak aku...

Haa..untuk pengetahuan semua. Nenda ni la yang selalu jaga aku dari kecikkkk...sampai la aku besar dabak camni. Nama beliau Che Puteh..tapi aku panggil dia Tok teh. Kalau nak tengok masa dia bela aku time kecik dulu ada dalam label way I'm growing up. Carik lah kat atas tu. Haa...tok aku ni selalu letak minyak zaitun kat rambut aku sebelum aku bangun tidur untuk pegi sekolah. Rambut aku dulu..panjaaaaannnnnnnggggg sampai bawah punggung. Nanti aku carik gambar lama2 time rambut aku panjanggggggggggggg......haha..Ya, bila aku balik sekolah, selalu tok aku yang suap nasik sampai la aku sekolah menengah..haha. Nasik feveret aku dulu, telur mata kerbau dengan nasik..campur kicap sikit...pergh!! sedap. Cekodok (cucur kodok/ jemput2) paling tok aku suka buat. Senang cerita, dengan tok teh ni je lah aku berkepit. Tapi sekarang, beliau dah tak kuat lagi. Kalau dulu dia tak bagi aku tolong dia buat kerja, sekarang....beliau nak angkat pinggan pun dah tak larat. Beliau dok serumah ngan mak n daddy aku. So, ujung2 minggu bila aku balik...mesti aku terdengar beliau sakit2...sekarang, aku yang tolong buatkan nasik untuk beliau...sekarang..aku yang tolong urut2 beliau dari kepala sampai kaki...pernah beliau ngerang sakit, aku tak taw nak buat macam mana..hospital taknak pegi...payah makan ubat..alih2 aku urut je lah dada beliau..belakang beliau...menangis aku time tu...dan beliau cepat gelisah...daddy aku cakap..gelisah adalah salah satu tanda2...uuu...sob..sob...tok teh...please...be tough !! demi cucumu...tunggu la tengok daku naik pelamin dulu..tunggu la cicit mu (anakku) membesar dalam 4 orang dulu..tunggu la daku pergi dulu..

No comments:

Post a Comment