Labels

Pages

Monday, December 6, 2010

Ayat2 tersempit dan tersepit..

Pernah dengar tak ayat camni…

“ Semua tu dunia..dunia..dunia..aku nak akhirat”

Betul, semua orang nak yang akhirat. Tapi untuk amik saham akhirat tu, dunia kena focus dulu kan??Bukan ke kerja itu suatu ibadah. Kau focus ngaji Al-Quran sampai kau mati pun, kalau orang sekeliling semua kau tak amik pedulik…tambah pulak kalau yang ada family…berdakwah sana sini tapi kebajikan family terbiar..lulus ke saham akhirat kau tu??

“Aku tak suka makanan barat itu ini..no KFC”


Betul, dulu KFC dimanipulasikan oleh orang barat. Product were from out there to sacrifice orang-orang seagama kita..saudara kita. Tapi, kau kena update isu tu..KFC dah bertapak berapa dah kat Malaysia??Dah berabad rasanya…Dan untuk pengetahuan kau, there’s no more product from there. Malaysia sekarang dah mampu berdiri di kaki sendiri. KFC dah jadi makanan major kat Malaysia. So, negara kita yang tengah aman ni dah boleh produce rempah ratus tu sendiri…Jadi, tak perlu la kot kau nak biar air liur kau meleleh tengok orang lain makan..

"Colgate tak halal..pakai ubat gigi lain..mukmin ke..ape-ape je berlandaskan Islam"


Betul, semua barangan kena guna yang halal. Tapi betul ke colgate tak halal??mana kau tahu??siap cakap yang sesetengah pencuci muka letak bulu pubis wanita lagi haa...Kalau kau tak ada bukti, jangan cakap. Takut nanti, jatuh pada fitnah...Dosa kan..kan..kan. Colgate ada flourida yang untuk protect gigi kita. Ada sesetengah ubat gigi yang agak2 islamic tak ada flourida. Bukan ke bahaya tu? Kita diwajibkan jaga kesihatan tubuh badan kita. Kalau dah sebelah kanan tu buah dan sebelah kiri tu nasik basi..mana kau pilih???lu pikir la sendiri..

“Aku tak nak bercinta..semua tu lagha..lagha…”

Betul, kalau dah menjurus ke tempat yang tak sepatutnya. Tapi pernah tak kau dengar yang Rasul kita sendiri pun cintakan umatnya?? Beliau sendiri pun cintakan isterinya sendiri. Beliau juga cintakan Allah s.w.t. Beliau sendiri pernah kata, “barangsiapa yang menghindarkan diri dari perkahwinan..maka bukan lagi umatnya”..paham tak bertapa pentingnya cinta…Tak perlu la kau kata kononnya nak kejar cinta dari Tuhan ja. Mencintai antara sesama manusia lain pun suatu ibadah jugak kan menunjukkan cinta kita pada Tuhan. Adakah kau fikir isteri tu kilang buat anak ja?? Tak perlu ada rasa cinta ka pada seorang isteri??

“ Orang pompuan tak sepatutnya belajar seni pertahanan diri..sebab nanti akan mengubah perwatakan kita sebagai perempuan”


Betul, sedikit sebanyak mengubah perwatakan kita jika kita terlampau focus menjadikan ia sebahagian dari hidup kita. Tapi pernah tak kau dengar yang Rasul kita sendiri menasihatkan umatnya bahawa orang perempuan disunatkan pandai berenang? Takkan kalau ada orang jahat menyerang, kita just nak merayu..”tolong..jangan apa-apakan saya” tidak kah itu satu tindakan bodoh lagi bangang?? Sebab adanya pemikiran yang macam ni la kita sebagai orang perempuan selalu ditindas. Zaman dulu sampai bunuh anak perempuan…lemahhh…

Isu tudung, aku tak berani nak mempertikaikan..tapi aku kompius sikit..Kau paksa that girl tu pakai tudung camna pun, kalau niat hati dia kata tak nak…sah ke?? Kalau kita tengok dari sudut solat pulak,  kalau niat kau tak betul..solat kau tu sendiri pun tak sah kan? Ok..kita tengok pulak dari sudut berpuasa..kita di wajibkan berniat dahulu sebelum berpuasa esok hari..kalau kita terlupa niat..puasa kita is nothing kan..

Ni semua berdasarkan pernilaian aku sendiri..yang lain2..terpulanglah kepada kalian sendiri..renung2kan..yang mana terbaik untuk kita tuju…usah disempitkan diri dengan semua ungkapan. Terima yang baik..buang yang tak baik…Ingat.. Islam tidak menyusahkan hambanya.. Segalanya, ada jalan penyelesaian…Islam itu, indahhh…

2 comments:

  1. Wah..
    mcm ustazah la..
    tapi btul ckp hg..pasal colgate tu..tah pape kan?
    aku dpt emel berantai pasal benda-benda sabun mandi la..ubat gigi la..berus gigi bagai..semua tak boleh..aduh!

    ReplyDelete
  2. haha..ustazah rock..tu la pasal...benda2 cam tu tak da prove..klu betul la haram..xkan la sampai semua...takkan la jabatan agama nak biar camtu je..anggap je cam darurat...yakin kan..kan..kan

    ReplyDelete