Labels

Pages

Wednesday, March 16, 2011

People among them.

Scary...spooky...tak de dalam istilah idup aku masa dulu2 la. Since i'm 5 years old, most feveret movie..of cos la citer hantu. Semua cerita hantu aku dah tengok. Selalu buat ujikaji seekers. Kumpul semua cerita2 dari orang. Join abang aku kat merata tempat semata2 nak survey tempat2 yang scary. Almost every week, aku ngan abang2 aku berkumpul semata2 nak bercerita hantu. Tutup semua lampu.Letak lilin kat tengah2. Pernah jugak, nak merasa macam mana takutnya berhadapan dengan hantu. Bilik aku jadi sasaran. semua cousin aku around 10 orang berkumpul dalam bilik aku dengan lampu tertutup. Then, dari luar la Along aku buat macam2...kat tingkap...asapppp....diikuti sound....aaaaaaaaa.......tangan....muka... dengan teknik pencahayaan menggunakan torch light bapak aku. Aku suka tengok cousin aku menjerit2. But i'm the one who laugh....haha..he didn't get me. 

Banyak benda yang aku nampak masa sekolah rendah, buat aku suka pegi siasat. Everything happen with prove. Sebab tu banyak benda yang buat aku rasa semua ni ngarut. Pernah jugak orang story pasal ada budak mati kat tadika sebelah gereja, and salah satu pintu takley bukak sebab budak yang pompuan yang mati tu, bersandar kat pintu bilik tu. Ape lagi, aku kumpulkan 5 orang masuk dalam tadika yang besar tu. Memang pintu tu sangkut, after aku ngan membe2 aku tolak jugak...sebenarnya sangkut dengan almari...see..it was nothing. Hari isnin bila time perhimpunan, nama aku selaku pengawas sekolah naik dengan membe2 aku. Baru kitorang taw, pihak gereja bagitau diorang dan cakap kitorang dah termasuk dalam kawasan gereja tu. Hahaha....

Sekolah menengah time trip pegi KL. 3 hari dua mlm. 1st nite tu, kitorang bermalam kat Stamford Hotel dekat area chowkit road. Time tu, kul 11 malam. Cikgu2 semua dah tidur tapi aku ngan membe2 aku gi lepak kat bilik lagi satu semata2 nak cerita hantu. Sebelum cerita cereti, kitorang amik gambar bersama. Using the only one camera. Cerita punya cerita dah pukul 1.30 am. Aku terasa ceghing bulu roma. So, aku bagi excuse nak undur diri dulu tatkala aku berdiri...DUMMMMMM!!!...bunyi pintu bilik air yang kitorang dah tutup rapat before amik gambar tadi. Guest what...how come pintu bilik air tu bole tertutup 2 kali. Semua terdiam sambil tutup muka. 30 seconds later, aku mintak diri and sebaik aje pintu bilik dibuka...bertempiaran semua orang lari. One of our frens (7 org) dah kena sampuk siap pitam lagi. Bila semua lari ke bilik aku, then we realize..pintu bilik tak sape pun tutup. So, memandangkan aku je yang paling berani...melangkah perlahan2 masuk balik bilik scary tu carik kad bilik tu. Masa nak kuar dari bilik tu, macam2 sangkut cam tak boleh keluar. Tapi lepas la. We've never told our teacher...nak mampuss...kang kena bebel seguni...Lepas je malam tu, semua camera breakdown. Rosak. 2nd time berlaku kat majistret hotel kat area ipoh. Benda yang sama jugak berlaku. Nak story? pepaham la bila setiap tingkap bilik di seal...paku tutup rapat...sebab belakang hotel tu ada landasan kereta api. Dah banyak kes bunuh diri kat area tu. Gambar2 yang tergantung kat dinding plak semua gambar orang pakai baju kembang2..era 1829 cam tu la..Hotel paling antik yang pernah aku tengok. Lif pun pakai grill. Huh..2 hari lepas trip tu, masing2 bawak gambar yang dah cuci. And we confirmed that, pintu toilet yang kitorang dah tutup. Sebenarnya dalam gambar masih terbuka luas. And 1 of our pic seems so weird. Got a white cam kain antara kitorang. And gambar tu still aku simpan dalam arkib album lama aku. Tak bule scan sebab lekat kat sticky album. One more things, selepas 2 tahun..hanya gambar tu jadi cam buruk terbakar. Sedangkan gambar2 yang lain, cun melecun lagi. So, weird.

Cerita hantu from malay...korea...jepun...thai...chinese..omputih...bombay...philipines...semua aku dah tengok...onedays, my sweetheart ask me to stop.."jangan tengok dah cerita hantu"..sebab aku cepat cuak..and terlalu banyak imiginasi pasal hantu. Salah satu sebab why aku berenti tengok cerita2 hantu...1st, my dear sweetheart dah melarang...2nd, sebab cerita hantu kebanyakannya semakin lama...semakin sama...hantu bunuh orang...kejar orang...orang yang tak bersalah pun kena bunuh. Kau pegi bunuh orang yang aniaya kau dah la. Naik sakit hati pulak kat hantu rasa. Haha. 

Perkara paling aku tak suka bila dah stop tengok cerita2 hantu ni, perasaan takut dah makin menebal plak. Bila aku try tengok cerita hantu skali,mula la aku paksa orang teman pegi toilet la...Tak kisah lah..yang penting ada sebelum aku tidur. Aku akan pastikan ada orang teman. Erm...Ah....tak rock tul..

No comments:

Post a Comment