Labels

Pages

Monday, November 15, 2010

Lubang CINTA..

Bertahun sudah aku masuk dalam dunia bunga-bunga cinta. Bertahun sudah aku mula lafaz ayat-ayat yang kalau masa sekolah dulu, aku rasa geli. "I Love U"..."I miss U"..merayu..merengek...meminta...menangis...semua tu jauh dari sikap aku masa sekolah dulu. Dah berbelas kawan2 sekolah aku yang jumpa and cakap,

"I can't believe this. Aween, is this u?"
"Betul ke hang ni?"
"Ya Allah, hang dah jauh berubah"
"Aku respek pada lelaki yang berjaya mengubah hang"

Ya, mungkin itu satu kemajuan..tapi hakikatnya dalam bercinta ada pasang surutnya. HATI...hati yang dulunya aku anggap sangat cekal. Sangat ditatang. Takkan sama sekali aku biarkan hati ini terluka. Lalu aku sering menjauhkan diri dari bercinta. Aku selalu tengok bagaimana peritnya cousin aku putus cinta. Aku selalu tengok bagaimana saudara ku sendiri putus cinta. Perit..Perit sehingga aku tak mampu menahan air mata dari melihat mereka jatuh jauh ke dalam lubang cinta yang memusnahkan jiwa mereka. Aku bertekad, takkan sama sekali menjengah lubang itu. Takkan sama sekali memandang apa yang berada di dalam. Senang aku katakan, aku bahagia berjalan sana sini tanpa memikirkan cinta. Aku bukan milik siapa2...senang aku katakan, aku mudah melukakan hati lelaki yang cuba menyentuh hati ku..Stay away, is the best. Dah berapa ramai aku tolak. Bukan untuk berbangga, tapi sekadar mengelakkan hati dari dilukai..Tapi itu hanya dulu...

Usia semakin meningkat, pertama kali menjengah ke dunia luar..Aku melihat, teman2 ku bahagia si samping cinta yang mereka miliki. Hasutan cinta datang berbisik "tak semua orang frust teruk camtu, tengok ramai yang bahagia"...Hasutan itu berjaya memadam prinsip hidup yang telah lama aku bina. Aku mula melihat kedalam lubang itu...tatkala itu aku terjatuh jauh kedalam..terlupa siapa diriku yang sebenar...terlupa bahawa sekali aku melangkah ke dalam dunia cinta, tak mungkin aku mampu berpatah keluar dari dunia itu.. Aku lupa semua itu...semudah itu aku melangkah..Sedang aku leka bermain di dalam taman cinta, ombak..ribut taufan melanda..merosakkan taman itu. Tidak lagi seindah dulu..tiada lagi tempat untuk aku bermain..Aku terduduk disitu. Untuk aku keluar dari taman itu, mustahil kerana sudah jauh ke dalam. Baru aku sedar, cinta bukanlah seindah yang digambarkan. Cinta mudah melekakan. 

Aku tak punya pilihan, melainkan cuba menanam kembali bunga2 cinta di kawasan itu. Aku cuba sirami lagi. Bunga yang aku tanam adakalanya mudah layu,terkejar2 aku menyelamatkannya.Di dalam kesibukan menyemai pokok2 bunga itu, aku sedar..aku tidak sempat lagi bermain..tidak sempat lagi berlari. Sekadar menyemai pokok bunga. Tak cukupkah baja yang aku taburkan? Tak cukupkah kasih yang aku beri. Menangis aku seperti anak kecil. Meronta2...menyalahkan takdir...

"Andai aku tak mampu, kenapa cinta datang bertandang?"
"Di saat aku tak mahu, mengapa perasaan datang menghimpit?"
"Sesudah aku memerlukan, mengapa cinta menjauhi aku?"

Hati kecil mula berkata, "tak mengapa...kejayaan takkan datang tanpa pengorbanan, manusia takkan matang tanpa pengalaman"...Kalau dulu hati ini kental, kuat, kukuh seperti konkrit..Tapi kini, rapuh...lembut..senang dikoyak. Ya..pengalaman..yang mendewasakan aku...Hanya satu yang aku pinta..mohon..ya Allah..tabahkan hatiku.

No comments:

Post a Comment