Labels

Pages

Tuesday, November 9, 2010

Cita2??Atau kewajaran...


Cita2 sebenar aku masa skolah dulu nak jadi angkasawati. Dari kecik sampai besaw ni, aku suka cerita pasal universe. Kejadian2 yg blaku kat luar atmosfera kita. Info paling ngeri pernah aku baca pasal lubang hitam. Scary sikit pasal fenomena ni tapi curious nak taw. Impian aku masa ni, nak tengok bumi kita dari angkasa..


Cita2 masa dah masuk matrik, gedik nak amik medic nak jadi doktor walaupun tahap IQ aku level kanak2 umur 2 tahun. Bila aku masuk Universiti, aku dah mula belajar pasal genetic engineering. 


Banyak pasal mutant yang di ajar oleh lecturer feveret aku, Dr. Cha. I like him. Ops!! So, aku dah mula minat pasal recombinant. Camna nak kacuk harimau dengan burung. Sebab gen2 kita ni boleh klasifikasikan kat mana letaknya tangan kita. Kat mana letaknya mata kita. Kalau berlaku kesilapan dalam gen kita, sebab tu la berlakunya pada sesetengah orang tangan kat pungkok ka..Kat perut ka. Tangan ada sepuluh ka. Haaa…Semua tu dari sudut negative. Tapi menurut Dr. Cha kesayangan aku tu, kalau kita tengok dari sudut positive..tak mustahil kita boleh hasilkan orang-orang mutant macam Spiderman…X-men..Incredible Hulk..and macam2 jenis hero lagi lah dengan cara tambah gen kat DNA seseorang bagi dia boleh terbang ka…bagi dia kuat ka..pergh..so cita2 aku di kala ini nak jadi genetic engineering punya orang la.


Di akhir Sem, aku kena buat projek pasal vaccine kat kambing. Aku dah mula sayang kambing la pulak. Mula la bercita-cita nak jadi penternak kambing


Tapi, untuk jadi penternak kambing yang abadi memerlukan modal yang tinggi. Tanah lagi…dengan keja pun tunggang langgang lagi. So, aku decide nak jadi researcher.

Now, I’m a researcher but bahagian padi. Mula2 rasa seronok, tapi disebabkan environment yang menyakitkan hati and bekerja dalam keadaan panas terik kat bendang ni menyebab aku aku hanya tertarik pada research pasal binatang, hutan and something yang buat research dalam lab. Aku lah pencinta haiwan. Teringin pulak nak kerja kat zoo.ngee~~


Tapi, bila aku berfikir sejenak, dengan tenang..dan waras…sekiranya aku tak kawin2…jadi andartu, boleh la aku keja apa pun. Tak kisah, yang penting duit. Sekiranya aku kawin, profession guru pun ok. Balik tengah hari, amik anak skolah…dan balik rumah. Tapi untuk dapat profession tu, bukan semudah yang disangka. Aku tak tahu pulak environment tu macam mana. Lalu…aku berfikir lagi…lagi..dan lagi…sekali lagi..lagi….tinksss!!

Sekiranya aku akan berumah tangga, for sure aku akan jadi seorang isteri…seorang ibu insyallah..Suri rumah tangga adalah sebaik2 wanita yang menjaga keperluan anak2 dan suaminya. Tapi, hakikatnya sebuah kehidupan tu. Zaman sekarang mana boleh bergantung kat pendapatan suami ja. Betul tak?..So, aku bercita2 nak jadi seorang penulis. Tak kisah la penulis apa pun. Baru2 ni aku dah berjaya jual skrip cerita. Tak mustahil aku boleh jual novel pulak ke. Apa2 ja..So, I guess, hidupku lebih tenang dengan menjadi seorang penulis kot. Time anak pegi sekolah, suami pegi keja…aku pulak kemas rumah. Sementara baju2 dibasuh oleh mesin, aku boleh sambung menaip…At any time bila2 aku ada masa free, aku pegi menaip…Carik ilham…tak perlu apply cuti sebab kat mana ja aku pegi bercuti, aku boleh buat kerja. Carik duit. Dalam masa yang sama, keperluan keluarga terjamin beres…Insyallah..berangan kah aku..erk..

No comments:

Post a Comment