Labels

Pages

Wednesday, October 27, 2010

Never think to be me.

It's about life. It's about time. It's about all of what we have. Never....ever...think to be me. Sukar untuk aku nyatakan bagaimana peritnya menjadi "Aween"...Senang aku katakan, hidup kau lebih sempurna. Tabah aku katakan, aku redha untuk setiap kejadian...Jadi please, jangan jadi "Aween"...She's lost...and always losing something that she need it. Such a loser person. Apakah yang kau dapat menjadi "Aween"??? Nothing...Stop do this nonsense. Kau mungkin mampu berjalan diatas titian cinta yang kau bina sendiri, tapi mampukah kau yakinkan diri..yakinkan hati bahawa segala yang kau miliki adalah milikmu?? Setiap kali kau memandang jauh keatas, setiapkali itulah kau akan terjatuh kebawah. Jadilah diri mu yang sebenar. Kerana di mata ku..Kau lebih sempurna. Mampu untuk segalanya...Prinsip dan keperibadian yang kau bina seketika dulu adalah terlalu indah untuk aku akui..bahawa kau punya segalanya. Jadi mengapa perlu menjadi diriku yang serba kekurangan ini??

Aku tak punya apa2 melainkan kisah hidup aku..keperibadian ku...ketulusan ku..."Aween" adalah milikku. Kenapa sekarang kau nak memiliki "Aween"?? Aween adalah aku..Aku adalah Aween...kiranya kau mengambil Aween dari hidupku..maka lenyap lah aku..lenyap bukan untuk seketika..tapi mungkin selamanya...

Dulu, aku mungkin punya segalanya..mungkin itu yang kau pandang...kerana Aween memiliki segalanya, maka kini hilanglah segala...Apa yang aku ada kini hanyalah "Aween"...Dengan bertemankan "Aween" aku mampu hidup..suka duka bersama "Aween" aku mampu tempuh...aku hidup di dalam hikayat "Aween"..atas kenangan aku dan "Aween"...Walaupun dulu aku pernah ingin membunuh "Aween"...tapi hakikatnya, tak mungkin..Aku perlukan "Aween" untuk mencorak sebuah kehidupan di masa akan datang..Jadi tolong lah...Jangan ambil dia dari aku....

Aween punya                                                                                 Aku punya
  • Hati yang tulus...                                                                     nothing
  • Mudah terluka..
  • Punya impian..
  • Guitarist..
  • Bekorban demi cinta..
  • Dan segalanya...
I really don't want to forget..please..

Aku betul2 tak faham..kenapa ada segelintir orang yang nak jadi macam aku??Seribu daya nak membawa watak yang sama dengan aku..dalam erti kata lain.."Aween"...
Bukan best pun jadi aku..pelik..tetapi benar..ramai dah jadi cam aku.

Tuesday, October 19, 2010

Travel tahap gaban part 1


Rasanya dah lama sangat kot aku tak jalan2 kat T'ganu. So, kali ni paling best walau pun ada sedikit drama berlaku sepanjang aku berada kat sana.. Bermulanya kisah, aku dapat taw best friend beliau (Jenz) nak pegi jumpa awek kat Kuala Berang. Terdetik kat hati aku yang suka travel bila ada ramai kawan. Seronok jugak kalau dapat join membe beliau, boleh pegi jalan2. Aku pun kalut la cek tiket bas from Sungai Petani ke T'ganu. Alhamdullilah..ada...Bas kegemaran aku. SP BUMI...but menjadi satu kes bila aku dapat taw tiket balik tak ada. Yang ada, bas tambahan..SHAMISHA...dengar je nama SHAMISHA...aku dah mula penin2 lalat. Ditambah pulak mengunakan bas tambahan. Woooo.....no way..tapi tu je pilihan yang ada...



Sweetheart: tak yah datang lah...
Aku: ala..kenapa pulak...
Sweetheart: ntah..bas shamisha tu bahaya la..takyah la..serabut aaa..
Aku: hah..tak pe lah..tak yah penin2..masalah sayang, biar sayang settle sendiri ok..pepandai sayang lah camna pun...

Tanpa rasa segan mahupun malu, aku call si Jenz...sebab mamat ni bawak keta from KL. Jadi aku bajet nak tumpang keta dia balik KL then from KL aku nek keretapi or bas balik Penang.

Aku: Abang Jenz, nak mintak tolong boleh tak? ingat nak tumpang masa balik nanti. Tiket takda.
Jenz: boleh..tak da hal..dua tiga hari sebelum pegi tu, call la abg. jen. 

Aku faham sangat la si abg. jen ni. Sebab dia ni jenis cepat lupa. 2 hari sebelum aku bertolak pegi tu, aku call la a.jenz. Dah masuk ribu2 kali gak kot. Dia tak angkat pon..hah..sudahhhhh...Aku call la my dear sweetheart ni.

Aku mintak tolong kawan aku yang ada kat KL..semua ok..malangnya aku sendiri pun takut berada di bumi KL tu sengsorang...tapi memang redha...pastu aku cek tiket tu..cek tiket ni..tapi tak ley nak buat reservation melalui panggilan. Nak pegi kat kaunter bas, dah la jauh. Membe aku plak cakap, "better hg naik keretapi sebab dekat ngan KL sentral. Situ selamat sikit kalau pompuan. Kalau hentian duta, muka penyangak banyak sangat"..dah..bertambah risau aku. So, aku  decide nak amik tiket keretapi. Kaunter dia tutup kul 6..dah sudah lagi sekali sebab aku abih keje kul 5..dengan nak sampai butterworth lagi...sengsorang...waaa..nak nangis rasa. Aku termanggu sejenak selama sejam. Last2 aku call sweetheart, dengan niat nak cakap..CANCEL..sebab, kalau dah dia sendiri pun tak ada inisiatif nak tolong aku..ibarat macam tak berminat untuk aku kesana..ibarat, bukan keinginan dia pun untuk jumpa aku kat sana..so, buat apa aku berusaha lagi.

Sedang aku membuat call...tut..tut...tak berjawab..tut..tut...then aku letak..satu keputusan yang susah untuk aku cakap cancel..adeh...tetiba panggilan masuk..dari dia..tut...tut..tut..

Aku: hello...(lemah)
Sweetheart: Tadi abg dah call jenz, kompom jadik..pastu abg dah suruh dia beli tiket keretapi dari KL ke butterworth untuk syg..and he said..ok..
Aku: (ada sedikit tangisan kat situ..) wo..woo..ingatkan dah tak jadi..wo..wooo...baru ingat nak cancel...


Friday, October 15, 2010

Berjalan di atas satu tali.

Kelmarin, tepat jam 5 petang. Punch kad dan terus balik rumah. Terasa sunyi yang amat walaupun housemate aku ada kat rumah. Memandangkan kelmarin aku tekad nak bersendirian, lalu aku keluar buat aktiviti yang dah lama aku tak buat. Watch movie sorang2. Kalau masa mula2 aku nak adapt kat Penang ni sorang2, tu la keja aku. Tengok movie walaupun cerita cina. Semua aku sapu. Ronda2 shopping complex...window shoppin'.

Semalam, aku ingat nak hiburkan hati. Mula tu nak tengok cerita EAT PRAY LOVE...nak carik semangat la katakan. Aku ada terbaca satu blog from my own frens pasal cerita ni. Cara dia cerita macam best untuk kutip semangat untuk orang macam aku. Then pulun la drive pegi Sunway Carnival kat Penang. Sedikit frustrated bila cerita tu tak ada. So, Aku cuba carik cerita yang agak2 tak sedih and boleh buat aku ketawa..Last2 aku pick cerita Sammy's Adventure 3D. Cerita tu start kul 8.05 pm..aku still ada sejam untuk aku gi lepak kat mana. So aku decide gi je lah makan dulu. Time2 tengah berjiwa kosong ni, kalau makanan ada depan mata memang sapu bersih. Chicken Grilled berharga 10 hinggit dah selesai bersemadi dalam perut aku. Tinggal jasadnye je akan ku kuburkan esok hari. Aku call adik aku sambil2 tunggu nak dekat kul 8pm. Sedey siot, kalau tengok orang2 lain jangan kata muda..yang tua pun sedang bermadu asmara depan aku. Cemburu? of cos i am. Lalu aku send mesej kat beliau.

Msg: Abg..Syg kt sbrngjaya ni. Wawa keje mlm ni. So, syg tgk sorg2 je. Dun wori, syg dok kt tmpt org rmai. Jap agi syg blik awl ye. Rindu kt abg. Kalau la abg ada disisi, takde la sunyi camni. Ni rasa sunyi sangat wlaupun org rmai lalu lalang..sob..sob..sob..i love u..

di saat itu....aku mharapkan panggilan..tiada...takpe..mungkin dia bizi..Disaat itu aku mharapkan msg dari dia..pun tak da..seharian..sedapkan hati lagi..dia tak perasan kot..dia letih kot...dah tertido kot...then lepas merayau jam dah pukul 8..terus pegi masuk panggung. Ade la plak mulut gatai dok sok sek..sok sek...nak je aku kepit mulut busuk tu dengan pintu wayang...persetan...


Hah..matlamat utama sammy ni nak carik secret passage tu. Last2 dia pegi carik buah hati yang dah lama hilang. Then matlamat utama nak carik secret passage tu, hilang camtu ja. Ada sedikit bengang but then disebabkan Sammy ni comey, aku accept je la. Pastu ditambah dengan unsur 3D tu...ok lah..aku fun la jugak kan. So untuk gambar grafik and 3D, aku bagi 5 star..but untuk jalan cerita tu, aku bole bagi 3 star je. Kesimpulannya..aku ketawa jugak...

keluar je dari panggung, aku nampak sepasang kapel ni keluar juga dari panggung yang sama. Betul2 depan aku. Aku biar je..tetiba...aku dengar suara that gurl..yup..she's my fren..dah kawin pun dia. Balik bertam drive sengsorang ikut highway..sepanjang perjalanan tu, kenapa aku terlalu sensitif??


1. Kengkawan aku kebanyakannya dah kawin. Ada jugak yang dah 2, 3 org anak. 
2. Kengkawan aku asyik hantar kad kawin..i appreciate that, dah tu jangan la tanya aku "ko bila lagi, tunggu buat pa lama.."(hah...korang taw ape masalah aku kan..tanya buat pe lagi)
3. Larangan oleh family aku untuk ke Terengganu berjumpa dia. Kenapa....kenapa..kenapa..???
4. Family aku lebih busy dengan adik beradik ku yang lain dari mendengar ceritera ku. Walhal ada 4 beradik je pun.
5. I miss him so much..even jarang kontek..jarang mesej..it's ok...aku faham dia keje...
6. Walaupun kawan2 aku ada jugak yang masalah cam aku, sekurang2nya...diorang selalu berjumpa..walaupun bergado..diorang selalu gak berteman...  


Conclusionnya...sebab...family aku yang terikat dengan peraturan hidup yg ntah hapa2...that's it..aku nak gak kebahagiaan cam orang lain.  Family aku taknak dengar kisah aku..Ok..aku boleh terima, tapi bila aku nak create cerita hidup aku, itu tak boleh..ini tak boleh...contohnye, family aku cakap kat aku


"takmau dengar pasal semua ni"...bila aku tak cerita..
"kenapa tak cerita?kita kan keluarga"....bila aku nak cerita..
"takmau dengar..tak mau dengar"....mana satu nih...




Lalu..aku menangis sepanjang highway tu....tu je la yang aku mampu..Aku berjalan atas satu tali je sekarang...kalau silap step...sah2 aku akan terjatuhhhhhhh jauh kedalam gaung yang aku tak tau apa yang ada dibawah tu. ...Sangat terasa alone...Aku pun nak create hikayat cerita aku sendiri...aku pun perlu ada kehidupan aku sendiri...just please don't be such that selfish of making me as their own toys...